PUTRAJAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai bidang kuasa membuat keputusan sendiri berkaitan kadar dasar semalaman (OPR) tanpa memerlukan campur tangan kerajaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata hak dan kuasa itu perlu dilaksanakan sepenuhnya manakala kerajaan, melalui Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, akan menjalankan tugas bagi mengurangkan kesan inflasi.
"Kami (kerajaan) mengambil pendekatan yang berbeza... pada kami, penting untuk kekalkan semak dan imbang dan tidak campur tangan dalam urusan BNM... masing-masing jalankan tugas masing-masing," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri Mengenai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di sini hari ini.
Jawatankuasa Dasar Monetari BNM semasa mesyuaratnya hari ini mengumumkan bahawa OPR kekal pada 2.75 peratus.
Mengenai IPR, Rafizi berkata kerajaan menyasarkan penyertaan 159 pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai sebahagian daripada kumpulan strategik dalam menyediakan ekosistem inisiatif itu.
"Penyertaan PBT akan membantu mempercepat pelaksanaan IPR di seluruh negara yang dikhususkan kepada golongan miskin tegar, miskin dan B40," katanya.
Pada 26 Feb lepas, kerajaan mengumumkan IPR dengan sasaran 100,000 peserta bagi meningkatkan pendapatan ketiga-tiga golongan sekali gus membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan yang ditetapkan pada RM1,900 sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Hak dan kuasa itu perlu dilaksanakan sepenuhnya manakala kerajaan, melalui Kementerian Ekonomi dan KPDN, akan menjalankan tugas bagi mengurangkan kesan inflasi. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.