awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ukraine rayu Malaysia perkukuh bantuan kemanusiaan
DUNIA
Peguam khas mohon waran tangkap terhadap bekas presiden Korea Selatan Yoon
MALAYSIA
Transaksi sukarela antara punca mangsa tertipu - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

OPR kekal 3.0 peratus satu pendekatan berhati-hati oleh BNM - Ahli Ekonomi

Bernama
Bernama
08/05/2025
09:09 MYT
Sponsor Banner
OPR kekal 3.0 peratus satu pendekatan berhati-hati oleh BNM - Ahli Ekonomi
Menurut ahli ekonomi, langkah itu dibuat apabila kerajaan berdepan dengan banyak perkembangan global berterusan selain ketidaktentuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dilihat sebagai pendekatan berhati-hati, kata seorang ahli ekonomi.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah itu dibuat apabila kerajaan berdepan dengan banyak perkembangan global berterusan selain ketidaktentuan.
Katanya, perbincangan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) juga sedang berjalan dan BNM mengambil pendirian untuk tidak bertindak balas secara berlebihan.
"Mungkin, pelonggaran dasar monetari boleh berlaku pada separuh kedua tahun ini kerana jika dilihat kepada kitaran dasar monetari di seluruh dunia, ia sebenarnya sedang menurun.
"Rizab Persekutuan AS (Fed) tahun lepas mengurangkan 100 mata asas dan Indonesia, Thailand, Filipina serta Korea Selatan juga menurunkan kadar faedah mereka.
"Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengekalkan OPR pada 3.0 peratus. Jadi, memandangkan risiko penurunan yang semakin meningkat pada separuh kedua tahun ini, mereka mungkin cenderung untuk menurunkan kadar faedah dalam separuh kedua tahun ini," katanya kepada Bernama selepas pengumuman OPR hari ini.
Mohd Afzanizam berkata objektif penurunan kadar faedah iaitu untuk menyediakan kestabilan, pertumbuhan dan meredakan impak negatif terhadap ekonomi.
Oleh itu, campur tangan BNM penting atau ekonomi boleh merosot dengan lebih teruk.
Pada mesyuarat terakhirnya iaitu 6 Mac 2025, BNM mengekalkan OPR pada 3.0 peratus, tidak berubah selama 12 mesyuarat berturut-turut sejak Mei 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#kadar dasar semalaman
#OPR
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami