KUALA LUMPUR: Tumpuan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam penetapan dasar monetari masa kini adalah bagi memastikan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal mampan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research).
Ini boleh dilihat menerusi keputusan mesyuarat kedua 2023 Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Khamis apabila BNM bertindak mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus yang seiring dengan jangkaan pasaran.
Malah, MIDF Research berpendapat bank pusat itu lebih terarah kepada pendekatan 'tunggu dan lihat' bagi menilai prestasi pasaran selepas melaksanakan kenaikan sebanyak 100 mata asas (bps) tahun lepas kepada 2.75 peratus daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.75 peratus sejak 7 Julai, 2020.
"Namun, kami yakin kemungkinan normalisasi dasar monetari seterusnya masih ada berikutan data ekonomi domestik yang terus memaparkan momentum positif.
"Dalam aliran kenaikan inflasi teras serta permintaan domestik yang kukuh daripada jangkaan, kami juga mengunjurkan BNM akan mengembalikan paras itu ke tahap pra-pandemik iaitu 3.00 peratus dalam separuh pertama 2023," katanya dalam nota tinjauannya pada Khamis.
MIDF Research juga menjangkakan BNM akan menormalkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada 3.00 peratus tahun ini selepas dikurangkan kepada 2.00 peratus sejak Mac 2020.
Bagaimanapun, katanya, keputusan itu tertakluk kepada elemen seperti kestabilan pertumbuhan ekonomi, kadar kenaikan harga serta keadaan makroekonomi, terutama pemulihan berterusan dalam pasaran tenaga kerja dan peningkatan permintaan domestik.
"Dari sudut pandang jangka sederhana, normalisasi dasar itu perlu bagi mengelak risiko yang boleh menjejaskan prospek ekonomi di masa depan seperti kenaikan inflasi yang ketara serta peningkatan hutang isi rumah," katanya.
Mengulas prestasi ringgit, MIDF Research mengunjurkan unit tempatan itu akan mengukuh purata RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan seterusnya mengakhiri 2023 pada RM4.00 biarpun pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka menaikkan lagi kadar faedahnya pada tahun ini.
"Jika dilihat secara asasnya, ringgit berada dalam kedudukan baik ketika ekonomi domestik kekal dalam momentum meningkat. Ini berikutan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport bersih petroleum mentah, gas asli cecair dan minyak sawit yang meraih manfaat daripada peningkat harga komoditi di peringkat global.
"Pada masa sama, pembentangan semula Belanjawan 2023 juga memaparkan hala tuju fiskal negara ini yang lebih jelas, khususnya di bawah pentadbiran kerajaan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
MIDF Research menjangkakan BNM akan menormalkan SRR kepada 3.00 peratus tahun ini selepas dikurangkan kepada 2.00 peratus sejak Mac 2020. - Foto MIDF
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.