awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pameran Penerbangan Selangor diteruskan tahun hadapan

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2021
04:46 MYT
Pameran Penerbangan Selangor diteruskan tahun hadapan
Chang Khim ketika berucap pada majlis penutup SAS 2021 pada Ahad.
KUALA LUMPUR : Susulan kejayaan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 edisi pertama, ia akan diteruskan tahun hadapan sekitar September di Subang.
Menurut Exco Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikannya sebagai program utama industri aeroangkasa.
“Susulan pencapaian edisi SAS2021 pada 25 hingga 27 November yang memberangsangkan, acara pada tahun depan juga dijangka mempamerkan lebih banyak pesawat selain penyertaan lebih ramai pempamer.
"Acara Pameran Penerbangan Selangor ini sudah pastinya akan menjadi program utama dalam industri aeroangkasa negeri ini.
“Saya juga gembira untuk mengumumkan bahawa, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 berjumlah RM2.34 bilion, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah menambah peruntukan lebih besar sebanyak RM5 juta bagi edisi SAS2022 ini.
“Peruntukan ini pastinya dapat membantu kita merancang acara SAS yang lebih besar dan hebat untuk anda semua,” katanya sewaktu berucap pada majlis penutup SAS 2021 pada Ahad.
Untuk rekod, SAS 2021 diadakan bermula 25 hingga 27 November lepas turut melibatkan peserta pameran antarabangsa termasuk Brazil, Perancis, Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat.
Acara julung kali ini akan menghimpunkan 43 peserta pameran yang mewakili industri aeroangkasa dan penerbangan terbaik di dunia mempamerkan pameran mereka sama ada di landasan mahupun di ruang pameran.
Topic Berkaitan
#Pameran Penerbangan Selangor
#Datuk Teng Chang Khim
#Belanjawan Selangor 2022
#aeroangkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan