KUALA LUMPUR: Malaysia terus mencatatkan kemajuan dalam pasaran buruh selepas data rasmi menunjukkan jumlah pekerja terus merekodkan pertumbuhan marginal, menurut ahli ekonomi.
Mereka berkata pembukaan semula lebih banyak perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 diharap akan merangsang permintaan buruh meskipun banyak tindakan perlu dilakukan sektor kerajaan dan swasta untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi, mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan mencapai guna tenaga penuh.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, walaupun sokongan dasar yang signifikan telah dilaksanakan, kerajaan digesa menyediakan lebih banyak inisiatif yang agresif kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana.
Beliau berkata syarikat juga perlu terus meneroka bidang eksport baharu.
"Di peringkat tempatan, peluang pekerjaan perlu diwujudkan oleh rakyat berdasarkan permintaan pasaran," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perjalanan untuk mencapai imuniti kelompok akan menjadi faktor kejayaan yang kritikal bagi pembukaan semula ekonomi yang mampan.
Menurutnya, ekonomi dijangka pulih, namun pada kelajuan yang berbeza-beza akibat kes COVID-19 yang terus menjadi berita utama.
Beliau berkata beberapa sektor ekonomi seperti industri berkaitan pelancongan, penerbangan serta makanan dan minuman akan terus menyaksikan kapasiti operasi yang terhad dan perlu ditangani untuk menggalakkan pekerjaan.
Pada Jumaat lepas, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata guna tenaga di negara ini terus mencatatkan pertumbuhan marginal 0.2 peratus pada Februari berbanding bulan sebelumnya dengan guna tenaga kebanyakannya dilihat dalam segmen perkhidmatan tertentu seperti perdagangan borong dan runcit, pendidikan, kesihatan manusia dan aktiviti kerja sosial.
Malah, beliau berkata sektor pengilangan dan pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan positif bulan ke bulan.
Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang positif, sejumlah RM1.148 bilion telah diperuntukkan kerajaan kepada 73,210 majikan sehingga 9 April bagi membolehkan syarikat untuk meneruskan dan mengekalkan pekerjaan di bawah pakej KITA Prihatin.
Jabatan Perangkaan melaporkan kadar pengangguran mencecah 4.5 peratus pada 2020 berbanding 3.3 peratus pada 2019 disebabkan krisis kesihatan dan kesan buruk ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
Dr Mohammad Tawfik menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak inisiatif yang agresif kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana. - Facebook / Dr Mohammad Tawfik Yaakub Penganalisis
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.