KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Beliau berkata kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan ekonomi China yang perlahan disebabkan oleh data ekonomi yang lemah dan langkah-langkah rangsangan yang mengecewakan terus mempengaruhi sentimen pasaran.
"Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat dan berada dalam keadaan untuk mencatat kejatuhan mingguan disebabkan pembetulan harga getah dan kejatuhan minyak mentah mendorong kontrak niaga hadapan yang lebih rendah," kata peniaga itu kepada Bernama.
Beliau berkata kejatuhan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS memandangkan sentimen dirangsang oleh tanda-tanda ekonomi Amerika Syarikat yang berdaya tahan.
Pada 5 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.33 peratus kepada US$85.50 setong.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 10 sen kepada 783.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 3.0 sen kepada 760.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 776 sen sekilogram, manakala susu getah pukal pada 762.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Harga LGM untuk GMM 20 turun 10 sen kepada 783.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 3.0 sen kepada 760.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu dagangan dengan ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah.
Pekebun kecil Semenanjung, Sabah, Sarawak layak terima bayaran IPG pada Jun
Pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) mulai 1 hingga 30 Jun 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Mei 2023.
Insentif Pengeluaran Getah Disember diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil diaktifkan bagi Disember 2022 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
LGM sedang laksana rekod jual beli getah dalam talian - Shamsul
Projek itu masih di peringkat perintis dan hanya akan diperkenalkan di peringkat nasional setelah selesai peringkat perintis dan diterima pakai oleh pembeli.
Bina jalan raya guna getah untuk bantu pekebun kecil - LGM
Di Malaysia secara purata 5 ke 10 peratus jalan daripada 100,000 kilometer keseluruhan, akan diturap kembali setiap tahun.
Kerajaan kaji naikkan harga lantai getah
Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meningkatkan harga lantai getah yang ketika ini ditetapkan pada kadar RM2.20 sekilogram.
Henti sebar maklumat tidak tepat mengenai harga getah
Khabar angin mendakwa harga getah di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara lain tidak berasas.