awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau

Bernama
Bernama
27/01/2025
11:21 MYT
Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup untuk cuti umum Tahun Baharu dari 28 hingga 30 Januari dan beroperasi semula pada 31 Januari, 2025. - Gambar hiasan/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah, kata seorang peniaga.
Beliau berkata penurunan itu juga berikutan penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US.
Pada pukul 4.35 petang, ringgit meningkat 4.3720/3770 berbanding dolar US daripada 4.3750/3800 ketika ditutup pada Jumaat.
"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan dengan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menggalakkan dan peniaga kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang lewat minggu ini," katanya kepada Bernama.
Peniaga itu juga berkata dagangan dalam pasaran getah lengang kerana ketiadaan peserta pasaran kerana ramai bercuti sempena Tahun Baharu Cina.
Pada 3 petang, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut lapan sen kepada 883 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot tiga sen kepada 678 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup untuk cuti umum Tahun Baharu dari 28 hingga 30 Januari dan beroperasi semula pada 31 Januari, 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Tahun Baharu Cina
#rizab persekutuan
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan