Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Ogos 2026.

  1. Akta baharu MARA 2026 perkukuh tadbir urus - Asyraf Wajdi

    Cadangan penggubalan Akta MARA baharu 2026 menjadi kemuncak usaha memperkemas tadbir urus dan tatakelola kewangan Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

  2. TH disaran perkukuh komunikasi, program jangkauan pulih keyakinan pendeposit

    Lembaga Tabung Haji (TH) disaran memperkukuh komunikasi terbuka dan memperluas program jangkauan bagi menjelaskan langkah pembaharuan tadbir urus serta kedudukan kewangannya kepada pendeposit, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap institusi itu.

  3. Tinggalkan politik perkauman, agama, bersaing dengan dasar dan prestasi - Mustapha

    Parti politik di negara ini perlu meninggalkan naratif politik yang berlumba-lumba memainkan sentimen kaum dan agama, sebaliknya bersaing melalui dasar prestasi serta kemampuan memberikan kehidupan lebih baik kepada rakyat.

  4. Kes rogol: Nasib Da’i Syed ditentukan 4 November depan

    Keputusan rayuan akhir pendakwah selebriti Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan kerana merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu akan diputuskan Mahkamah Rayuan di sini pada 4 November depan.

  5. Tiada perjanjian, tidak tahu sebab digugurkan daripada saman AS$5.64 bilion - Bekas CEO 1MDB

    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak mengetahui mengapa syarikat itu menggugurkan namanya sebagai defendan dalam saman sivil sebanyak AS$5.64 bllion.

  6. Perkahwinan lewat, kos sara hidup antara faktor kadar kesuburan menurun

    Perkahwinan lewat, peningkatan kos sara hidup dan penangguhan kehamilan antara faktor yang menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan di Malaysia.

  7. Jumlah pendapatan pelaburan KWSP separuh pertama 2026 naik 48 peratus kepada RM57.50 bilion

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

  8. Bicara kes Muhyiddin: RM16.4 juta dibayar kepada syarikat Nepturis bagi projek IPD Klang Utara

    Kerajaan telah menjelaskan bayaran berjumlah RM16.4 juta kepada syarikat Nepturis Sdn Bhd bagi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

  9. Semua juruterbang Malaysia Airlines negatif dadah, ujian kru kabin bermula esok

    Tiada pengesanan bahan terlarang dalam kalangan juruterbang aktif Malaysia Airlines selepas kesemua mereka selesai menjalani saringan dadah mandatori yang dilaksanakan Malaysia Aviation Group (MAG).

  10. Caprice diperintah bayar RM220,000, mohon maaf kepada Ebit Lew

    Penyanyi rap, Caprice diarahkan membayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew selepas Mahkamah Sesyen di sini mendapati wujud unsur fitnah dalam penerbitan kenyataan terhadap penceramah bebas itu pada 2023.

Must Watch Video

Advertisement