BERLIN: George Russell mengatasi rakan sepasukan Mercedes yang juga juara dunia Kimi Antonelli pada Sabtu untuk meraih petak utama Grand Prix (GP) Qatar Formula Satu (F1).
Selepas ketinggalan di belakang Antonelli dalam ketiga-tiga sesi latihan, Russell akhirnya muncul sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa satu minit 21.695 saat.
Antonelli dari Itali ketinggalan 0.128 saat, manakala pelumba McLaren Lando Norris menduduki tempat ketiga dengan perbezaan 0.480 saat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perlumbaan di Qatar pada Ahad tetap diteruskan meskipun kebimbangan mengenai keselamatan berikutan konflik di Timur Tengah masih berlarutan.
Beberapa penyiar dan petugas lain memutuskan untuk tidak menghadiri perlumbaan kedua terakhir musim ini.
Pelumba Williams Carlos Sainz pada Khamis mendedahkan bahawa pelumba telah diberikan taklimat mengenai prosedur pemindahan kecemasan dan beliau terkejut apabila mengetahui wartawan tidak dimaklumkan mengenainya.
“Saya diberitahu bahawa pelan sedemikian memang wujud dan saya menjangkakan pihak media turut dilibatkan,” katanya.
-- BERNAMA-dpa