awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah

Bernama
Bernama
23/12/2024
13:00 MYT
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 854.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 715.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Beliau berkata pasaran lengang dengan dagangan kecil menjelang musim perayaan dan cuti hujung tahun.
"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah berikutan kebimbangan gangguan bekalan yang disebabkan hujan berterusan dan banjir di negara-negara pengeluar utama getah," katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun turun pada Isnin apabila dagangan menyusut menjelang akhir tahun manakala pelabur menunggu pengumuman pakej rangsangan seterusnya di China.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat dan ribut petir di bahagian selatan negara itu sehingga 27 Dis, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negeri-negeri yang menghasilkan getah dilanda hujan lebat dan ribut petir dari 23-29 Dis.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 11.0 sen kepada 857.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 2.5 sen kepada 720.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 854.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 715.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#hujan lebat
#musim perayaan
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan