awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah terus meningkat minggu hadapan

Bernama
Bernama
16/01/2021
03:05 MYT
Pasaran getah terus meningkat minggu hadapan
SMR 20 menambah 1.0 sen kepada 639 sekilogram, manakala lateks pukal merosot 5.5 hingga 551.5 sen sekilogram. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Pasaran getah Malaysia dijangka meneruskan momentum menaiknya pada minggu hadapan memandangkan pengeluaran akan terus terjejas akibat musim tengkujuh.
Menurut seorang peniaga, statistik getah yang lebih baik yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan China pada minggu ini mungkin terus menyokong pasaran tempatan untuk bergerak ke hadapan.
Sementara itu, pakej bantuan ekonomi dan penjagaan kesihatan COVID-19 bernilai AS$1.9 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden juga dijangka memberi sokongan lanjut kepada pasaran.
Cadangan itu termasuk peruntukan AS$415 bilion bagi melawan virus COVID-19 melalui lebih banyak ujian dan vaksin, kira-kira AS$1 trilion dalam bantuan langsung kepada isi rumah dan AS$440 bilion untuk membantu perniagaan kecil dan komuniti yang terjejas akibat dilanda pandemik itu.
Secara mingguan, SMR 20 menambah 1.0 sen kepada 639 sekilogram, manakala lateks pukal merosot 5.5 hingga 551.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang semalam, harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 berada pada 634 sen sekilogram, manakala lateks pukal sebanyak 551 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasaran getah
#musim tengkujuh
#DoSM
#pasaran tempatan
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan