KUALA LUMPUR: Pasaran kargo udara global menunjukkan pertumbuhan tahunan yang kukuh pada Mei lalu dengan jumlah permintaan diukur dalam tan kargo kilometer (CTK) meningkat sebanyak 14.7 peratus berbanding bulan yang sama pada 2023.
Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh dalam satu kenyataan berkata ini adalah bulan keenam berturut-turut pertumbuhan dua angka dicapai dari tahun ke tahun.
Sementara itu, katanya kapasiti seperti yang diukur dalam CTK yang tersedia (ACTK) meningkat sebanyak 6.7 peratus berbanding Mei 2023.
"Permintaan kargo udara meningkat secara mendadak pada Mei lalu merentasi semua wilayah. Sektor ini mendapat manfaat daripada pertumbuhan perdagangan, e-dagang yang berkembang pesat dan kekangan kapasiti pada perkapalan maritim," katanya.
Mengikut rantau, syarikat penerbangan Asia-Pasifik mencatatkan pertumbuhan permintaan kargo udara sebanyak 17.8 peratus tahun ke tahun pada Mei, syarikat pengangkutan Eropah meningkat 17.2 peratus, syarikat penerbangan Timur Tengah naik 15.3 peratus, syarikat pengangkutan Amerika Latin meningkat 12.7 peratus dan syarikat penerbangan Afrika melonjak 18.4 peratus.
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
Mengenai prospek masa depan, Walsh berkata ia kekal positif dengan pengurus pembelian menunjukkan jangkaan pertumbuhan masa hadapan.
Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kekangan mungkin berlaku apabila Amerika Syarikat (AS) mengenakan syarat yang lebih ketat ke atas penghantaran e-dagang dari China.
"Peningkatan kos dan masa transit untuk penghantaran bernilai di bawah US$800 (US$1=RM4.71) mungkin menjejaskan pengguna AS dan memberikan cabaran besar bagi pertumbuhan di laluan perdagangan Asia-Amerika Utara, yang terbesar di dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Willie Walsh berkata ini adalah bulan keenam berturut-turut pertumbuhan dua angka dicapai dari tahun ke tahun. - Gambar IATA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).