KUALA LUMPUR: Pasaran kerja di Malaysia kini semakin stabil, dengan gaji median merentas kebanyakan sektor melaporkan tiada perubahan besar dari tahun sebelumnya, kata platform pekerjaan dalam talian, JobStreet.
Menurut Panduan Gaji 2023 yang terkini, JobStreet berkata, industri komputer dan teknologi maklumat (IT) menyaksikan pertumbuhan gaji median tertinggi, dengan peningkatan 28 peratus kepada RM4,800 daripada RM3,750 sebelumnya.
Pakar komputer dan IT juga memperoleh gaji median tertinggi di antara semua pengkhususan iaitu sebanyak RM6,000.
Pengarah Urusan JobStreet Malaysia, Vic Sithasanan berkata, tumpuan Malaysia yang lebih tinggi terhadap inisiatif transformasi digital, dirangsang oleh desakan berterusan kerajaan dalam bidang itu, berkemungkinan menjadi punca lonjakan dalam permintaan untuk profesional IT.
"Bagaimanapun, pemberhentian pekerja yang memberi kesan kepada syarikat teknologi utama di seluruh dunia pada awal tahun ini juga jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan ini mungkin tidak boleh bertahan dalam jangka panjang.
"Sebaik-baiknya, pembaharuan dalam pendidikan perlu dilaksanakan untuk meletakkan asas yang kukuh bagi melahirkan lebih ramai pakar IT yang mahir dalam jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Walaupun tahap gaji median adalah konsisten dari tahun ke tahun (y-o-y), peningkatan kos sara hidup masih menjadi kebimbangan, justeru terdapat peningkatan tumpuan terhadap gaji dalam kalangan pencari kerja hari ini, kata Sithasanan.
Beliau juga menyatakan mencari dan merekrut bakat terbaik terus menjadi cabaran bagi semua syarikat, terutamanya bagi peranan yang sangat khusus atau sukar untuk diisi.
"Sepanjang tahun lalu, kami mencatatkan peningkatan sebanyak 10 peratus dalam permohonan pekerjaan melalui JobStreet Malaysia, menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia sedang mencari peluang baharu, dan perniagaan perlu mencari cara untuk menyerlahkan diri sebagai majikan pilihan agar dapat merekrut dan mengekalkan bakat berkualiti," katanya.
Sementara itu, JobStreet berkata, walaupun terdapat bilangan iklan pekerjaan yang lebih rendah dalam industri, pampasan untuk jawatan peringkat kemasukan, eksekutif kanan dan peringkat pengurus semuanya mencatatkan peningkatan tahun ke tahun, menyerlahkan permintaan kukuh untuk profesional IT pada peringkat permulaan dan meningkatkan gaji.
Kerjaya komputer dan IT ialah pengkhususan bergaji tertinggi dan industri komputer dan IT korporat menyaksikan pertumbuhan gaji yang tinggi sebanyak 57.4 peratus - jauh mengatasi pertumbuhan gaji kedua tertinggi yang dicatatkan oleh industri perkhidmatan komunikasi (7.7 peratus), katanya.
Sebaliknya, golongan profesional perusahaan kecil dan sederhana yang pakar dalam komputer dan IT mengalami penurunan gaji sebanyak 10.3 peratus.
Industri pembuatan juga mengalami sedikit pertumbuhan, menyiarkan jumlah iklan pekerjaan tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut (+12.6 peratus) pada 2023, sejajar dengan pengembangan industri yang stabil dan berterusan, walaupun gaji yang ditawarkan kebanyakannya tidak berubah.
"Memandangkan kadar pusing ganti industri yang tinggi dan cabaran yang dihadapi oleh majikan dalam merekrut calon yang berkualiti, penurunan pampasan mungkin merupakan faktor penting yang mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh perniagaan dalam strategi pengambilan mereka, katanya.
Dikendalikan oleh JobStreet, Panduan Gaji menganalisis data gaji bulanan sepenuh masa yang diekstrak daripada iklan JobStreet dalam pangkalan data dalaman. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
Vic Sithasanan berkata, tumpuan Malaysia yang lebih tinggi terhadap inisiatif transformasi digital, dirangsang oleh desakan berterusan kerajaan dalam bidang itu. - Gambar fail Astro AWANI
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Malaysia ketengahkan kesan AI, ekonomi hijau terhadap pasaran kerja di ALMM ke-28
Malaysia bakal mengetengahkan isu kesan kecerdasan buatan (AI), digitalisasi serta ekonomi hijau terhadap pasaran kerja pada Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN (ALMM) ke-28 di Singapura.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.
Teknologi AI tidak halang graduan komunikasi laris di pasaran
Menurut Abd Rasid, majoriti graduan UiTM dari bidang komunikasi massa berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menerima ijazah.
Kerjasama KPT, industri tingkat jumlah siswazah capai gaji premium
KPT yakin berada di landasan tepat dalam usaha menyasarkan peningkatan peratusan siswazah yang memperoleh gaji premium RM4,000 sebulan.
Pasaran kerja Malaysia stabil, tiada perubahan besar dalam gaji median
Pasaran kerja di Malaysia kini semakin stabil, dengan gaji median merentas kebanyakan sektor melaporkan tiada perubahan besar dari tahun sebelumnya.
Inisiatif ekonomi penjagaan tingkat penyertaan wanita dalam pasaran buruh
Langkah kerajaan menyediakan pusat jagaan mampu milik menerusi inisiatif Ekonomi Penjagaan mampu meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh.
Jurang gender dalam pasaran tenaga kerja masih besar - Shahrizat
Jurang gender antara wanita dan lelaki dalam pasaran tenaga kerja masih terlalu besar apabila hanya 56.2 peratus untuk wanita berbanding lelaki dengan 82.9 peratus, setakat Mei tahun ini.
SAMENTA gesa kerajaan tubuh pasukan petugas atasi cabaran masa depan pekerjaan
Datuk William Ng berkata, pasaran kerja secara ketara telah diganggu oleh pandemik COVID-19 dan teknologi baharu.
Pemerkasaan belia bermula dengan pendidikan, rapat jurang kemahiran - Raja Muda Selangor
Baginda tegaskan peri penting memastikan akses kepada pendidikan dan latihan yang disediakan boleh dicapai oleh orang muda disetiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan keluarga miskin.
Usah kejar ranking, IPT disaran laku semakan kurikulum 3 tahun sekali - Mohamed
Semakan kurikukulum harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.