awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Dua anakanda Agong bantu JMR tamatkan perlumbaan 24 Jam Spa-Francorchamps
HIBURAN
'Alasanmu' diberi nafas baharu versi 2025 - Exists
MALAYSIA
Sultan Selangor berkenan jenamakan semula UPM Kampus Bintulu kepada UPM Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Pelabur asing jadi pembeli bersih, aliran masuk RM33.2 juta minggu lepas

Bernama
Bernama
30/06/2025
05:15 MYT
Pelabur asing jadi pembeli bersih, aliran masuk RM33.2 juta minggu lepas
Aktiviti pelabur asing bercampur-campur pada minggu tersebut, dengan belian bersih dicatatkan pada Selasa dan Khamis manakala Isnin dan Rabu menyaksikan aliran keluar bersih. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM33.2 juta di Bursa Malaysia, selepas lima minggu berturut-turut mencatatkan jualan, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Ringkasan AI
  • Pelabur asing mencatatkan aliran masuk bersih RM33.2 juta ke Bursa Malaysia bagi minggu berakhir 27 Jun 2025, selepas lima minggu berturut-turut mencatatkan jualan bersih.
  • Sektor dengan aliran masuk asing tertinggi ialah utiliti, pengangkutan & logistik, serta produk perindustrian; manakala sektor perkhidmatan kewangan, hartanah dan telekomunikasi mengalami aliran keluar tertinggi.
  • Institusi tempatan kekal pembeli bersih selama enam minggu berturut-turut, manakala pelabur runcit tempatan kembali menjadi penjual bersih dengan aliran keluar sebanyak RM176 juta.

Dalam Laporan Aliran Dana pada minggu berakhir 27 Jun 2025, katanya aktiviti pelabur asing bercampur-campur pada minggu tersebut, dengan belian bersih dicatatkan pada Selasa dan Khamis manakala Isnin dan Rabu menyaksikan aliran keluar bersih.
"Aliran masuk adalah daripada RM5.0 juta hingga RM144.1 juta manakala aliran keluar antara -RM50.7 juta dan -RM65.2 juta," katanya dalam nota penyelidikan.
Katanya tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah utiliti (RM102.6 juta), pengangkutan dan logistik (RM45.9 juta) serta produk perindustrian dan perkhidmatan (RM22.9 juta).
Sementara itu, tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (-RM109.9 juta), hartanah (-RM35.9 juta) serta telekomunikasi dan media (-RM28.0 juta).
Begitu juga, institusi tempatan meneruskan aktiviti belian mereka, menjadikan aliran belian selama enam minggu berturut-turut dengan aliran masuk bersih sebanyak RM142.8 juta, lebih rendah daripada aliran masuk pada minggu sebelumnya sebanyak RM510.6 juta.
Sementara itu, pelabur runcit tempatan kembali menjadi penjual asing bersih pada minggu lepas, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak -RM176.0 juta, mengakhiri aliran masuk selama seminggu.
"Purata jumlah dagangan harian mencatatkan peningkatan pada minggu lepas, kecuali bagi pelabur asing.
"Pelabur runcit tempatan dan institusi tempatan, masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak +12.7 peratus dan +9.7 peratus manakala pelabur asing mencatatkan penurunan sebanyak -17.0 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#pelabur asing
#dana masuk
#MIDF Amanah Investment Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami