awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia - Azmin

Fareez Azman
Fareez Azman
19/04/2021
15:31 MYT
Pelabur asing masih kekal keyakinan melabur di Malaysia - Azmin
Azmin mengiringi Muhyiddin hadir solat sunat tarawih dan Program Mensuci 'Ruhiyyah' Mengikat 'Ukhuwwah' Parlimen Gombak di Masjid Jamek Al-Amaniah di Batu Caves pada Isnin malam. - Gambar/ Facebook @MohamedAzminAli
GOMBAK: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa Malaysia kekal menjadi destinasi pelabur asing bernilai tinggi meskipun ada pihak mendakwa sebaliknya.
Jelasnya, ia terbukti dengan pelaburan bernilai RM4 bilion oleh syarikat gergasi teknologi global Microsoft hari ini.
“Saya sentiasa mendengar pelabur-pelabur masih kekal keyakinan mereka meletakkan pelaburan di Malaysia dan negara ini menjadi hab pelaburan mereka.
“Hari ini terbukti Microsoft bersetuju meletakkan pelaburan besar dan akan latih satu juta rakyat dalam bidang teknologi sehingga tahun 2025,” katanya.
BACA: Pusat data serantau pertama Microsoft di Malaysia dijangka wujudkan 19,000 pekerjaan - Muhyiddin
Azmin berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir solat sunat tarawih dan Program Mensuci Ruhiyyah Mengikat Ukhuwwah Parlimen Gombak di Masjid Jamek Al-Amaniah di Batu Caves pada Isnin malam.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, selain menarik lebih banyak pelabur, negara juga tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja asing.
Sebaliknya, beliau berkata sudah tiba masanya industri di negara ini beralih kepada tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi.
“Kita tak mahu pelaburan bersandarkan insentif pekerja asing, hari ini kita terlalu bergantung tenaga kerja asing.
“Kita mesti segera beralih kepada pelaburan berteknologi tinggi dan berkualiti supaya memberikan pekerjaan kepada rakyat.
“Maka kita perlu harus menyediakan tenaga kerja berkemahiran dan bakat-bakat memenuhi permintaan industri,” katanya lagi.
Azmin berkata, beliau akan membentangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet mengenai Dasar Pelaburan Baharu pada Rabu ini.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#pelaburan
#Malaysia
#destinasi pelaburan asing bernilai tinggi
#Microsoft
#hab pelaburan
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan