KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan pelaburan langsung domestik (DDI) sebagai salah satu petunjuk prestasi utama bagi menjana jumlah pelaburan negara kerana ia berpotensi untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan, khususnya melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk sentiasa mengimbangi kedua-dua FDI dan DDI bagi merangsang pembangunan yang lestari dan seimbang di seluruh negara, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) kali kedua, hari ini.
Anwar berkata, selain menetapkan DDI sebagai petunjuk prestasi utama, mesyuarat MPN kali ini juga antara lainnya turut membincangkan mengenai mekanisme terbaik dalam memperkemaskan landskap Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara menjelang 1 Januari, 2024.
Sehubungan itu, katanya, MPN juga memutuskan bahawa Jawatankuasa Koordinasi Pelaburan antara MITI dan kesemua IPA akan diaktifkan semula.
"DDI yang strategik juga berpotensi untuk menarik lebih FDI kerana pelabur asing sentiasa menganggap DDI sebagai penanda aras bagi keyakinan dan komitmen pelabur domestik terhadap dasar Kerajaan bagi memantapkan landskap pelaburan dan perniagaan negara." katanya.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
Manakala tokoh koporat yang menghadirinya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
Anwar berkata kewujudan ekosistem perindustrian domestik secara lebih strategik amat penting bagi menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan.
Selain itu, katanya, ia juga akan memperkasa ekosistem ekonomi domestik dalam menghadapi cabaran global seperti ancaman perubahan iklim serta pelbagai cabaran pasca pandemik dan geopolitik yang menyebabkan rantaian bekalan terganggu, harga bahan mentah meningkat dan kadar inflasi global yang tinggi.
Usaha meningkatkan DDI perlu lebih menyeluruh
Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan peningkatan DDI, namun ia perlu ditingkatkan dengan lebih menyeluruh lagi.
Sehubungan itu, katanya, mesyuarat MPN hari ini juga menekankan salah satu mesej Ekonomi MADANI iaitu kepentingan kerjasama dan pembabitan strategik oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperkasakan DDI.
Menurutnya, secara keseluruhan, GLIC mengurus aset pelaburan bernilai lebih RM1.7 trilion dan memainkan peranan penting bukan sahaja memacu pembangunan infrastruktur kritikal dan membolehkan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi baharu, tetapi juga membantu menarik pelabur asing ke Malaysia.
"MPN mengakui bahawa DDI dan FDI mempunyai kebergantungan antara satu sama lain dan saling melengkapi. FDI penting bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi manakala DDI penting bagi memperkukuh ekonomi negara.
"Walaupun beberapa kajian telah mengesahkan faedah FDI kepada negara, pemerkasaan pelaburan domestik berkualiti tinggi adalah sama penting dan mesti terus dipermudah dalam memacu ekonomi negara sekali gus mengembangkan struktur rantaian industri, terutamanya pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)," kata Perdana Menteri.
Bagi tahun 2022, sejumlah RM267.7 bilion pelaburan daripada 4,517 buah projek diluluskan daripada pelbagai sektor ekonomi (sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama) yang bakal menjana 140,440 peluang pekerjaan.
"DDI menyumbang sebanyak RM104.4 bilion (38.9 peratus) kepada jumlah ini. Manakala bagi suku pertama 2023, nisbah FDI:DDI adalah 52.5 peratus bagi FDI dan 47.5 peratus bagi DDI, daripada komitmen pelaburan berjumlah RM71.4 bilion (peningkatan 59.7 peratus tahun-ke-tahun.)
"Peningkatan nisbah DDI mencerminkan peningkatan keyakinan syarikat dan perniagaan tempatan terhadap dasar kerajaan semasa," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Anwar berkata kewujudan ekosistem perindustrian domestik secara lebih strategik amat penting bagi menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan. - Gambar fail
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Saifuddin Nasution akui perlu baiki isu di pintu masuk negara, bakal umum perubahan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui terdapat ruang yang boleh ditambah baik berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bermula esok, 196 perkhidmatan disediakan
Platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan.
AWANI 7:45 [02/05/2024] - Jaminan lulus dengan bergaya | Reformasi sistem pendidikan | RM10.5 bilion tempoh empat tahun | Fail afidavit betulkan fakta
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Humban siapa yang bantah kenaikan gaji penjawat awam
2. Sebelum Bank Dunia lapor, kementerian sudah ambil tindakan, kata Fadhlina
3. Microsoft labur RM10.5 bilion, peluang generasi muda teroka keselamatan siber
4. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul
1. Humban siapa yang bantah kenaikan gaji penjawat awam
2. Sebelum Bank Dunia lapor, kementerian sudah ambil tindakan, kata Fadhlina
3. Microsoft labur RM10.5 bilion, peluang generasi muda teroka keselamatan siber
4. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Tengku Zafrul
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu lebih fokus noktahkan miskin tegar di Kelantan - Anwar
Kerajaan Negeri Kelantan dan kementerian berkaitan perlu lebih fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar adakan perjumpaan tertutup bersama MB Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Anwar berkata semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan dengan serius dalam memastikan keselamatan di sempadan negara, sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Perdana Menteri bukti kesungguhan hargai sumbangan penjawat awam - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan terbesar dalam sejarah pentadbiran awam negara.