KUALA LUMPUR: Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery merupakan satu penipuan terancang, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
MoF memaklumkan, terdapat manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan syarikat tersebut.
“Susulan perkembangan tersebut, konsortium pelabur termasuk KWAP telah mengambil langkah tegas dari segi tindakan undang undang, pemulihan dana, semakan tatakelola dalaman dan juga pengukuhan kawalan.
“Ini termasuk tindakan undang-undang dan pemulihan dana,” demikian menurut MF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
-- BERNAMA