PUTRAJAYA: Pengeluar sarung tangan nitril terbesar dunia, Hartalega Holdings Bhd, telah mencapai persetujuan dengan Northern Gateway Free Zon Sdn Bhd, untuk membeli 250 ekar tanah di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Menerusi urusniaga melalui anak syarikat masing-masing, iaitu Hartalega NSM Sdn Bhd, dan Northen Gateway Freezone Sdn Bhd, projek itu merupakan fasa pertumbuhan terkini Hartalega dengan nilai pelaburan sebanyak RM7 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau mengalu-alukan pelaburan Hartalega dalam kawasan Zon Sempadan Ekonomi Khas Kota Perdana (SBEZ Kota Perdana) Bukit Kayu Hitam, memandangkan syarikat itu mempunyai prestasi produktiviti tertinggi dalam industri.
“Saya percaya, dengan pengalaman, komitmen, kepakaran dan keupayaan Hartalega, cadangan pelaburan dan pembinaan Kompleks Kilang Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu di SBEZ Kota Perdana, dapat memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
“Saya berharap projek pelaburan Hartalega akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat bagi bandar sempadan Bukit Kayu Hitam, dan sekitarnya, serta limpahan pelaburan itu dapat diterjemahkan melalui penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan baharu,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah di SBEZ Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah, antara Northern Gateway Freezone Sdn Bhd, dan Hartalega NSM Sdn Bhd, di sini hari ini.
Perjanjian itu ditandatangani Pengarah Northern Gateway Free Zon Syaiful Hafiz Moamat Mastam, dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Bhd Kuan Mun Leong.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, perjanjian tersebut merakamkan satu lagi detik pencapaian penting bagi Northern Gateway, yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), serta pemaju hartanah utama untuk menarik pelaburan strategik dan berimpak tinggi di SBEZ Kota Perdana.
Selain Tengku Zafrul, turut menyaksikan upacara itu ialah Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.
Pada masa kini, Hartalega mengekalkan statusnya sebagai syarikat utama pengeluar sarung tangan nitril dengan kapasiti 43 bilion sarung tangan setahun.
Dengan pelaksanaan projek jangka masa panjang di Bukit Kayu Hitam itu, ia akan meningkatkan kapasiti pembuatan Hartalega kepada 143 bilion setahun, sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan negara sebagai pengeluar utama produk tersebut dengan penggunaan teknologi yang maju.
Dalam pada itu Tengku Zafrul berkata, bandar sempadan Bukit Kayu Hitam mempunyai kelebihan dan potensi yang cukup tinggi memandangkan ia merupakan laluan utama perdagangan rentas sempadan di utara Semenanjung Malaysia.
Dengan anggaran nilai kira-kira RM40 bilion setahun, beliau berkata, ia seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin demi memangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Tegasnya lagi, Malaysia dan Kedah secara khususnya, tidak seharusnya rasa berpuas hati dengan hanya menjadikan Bukit Kayu Hitam sebagai laluan eksport bagi bahan mentah dan komoditi negara jiran.
“Saya berharap usaha dan tumpuan khusus diberikan oleh northern gateway dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah untuk meneroka peluang-peluang pelaburan baharu terutamanya dalam sektor ekonomi sekunder yang berimpak tinggi untuk dibangunkan di SBEZ Kota Perdana,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Mar 10 2021
Hartagela merancang untuk membina 16 fasiliti pembuatan sarung tangan getah di Bukit Kayu Hitam dalam 20 tahun, penjanaan 12 ribu pekerjaan baharu. - Foto Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Sektor sarung tangan getah hilang daya tarikan, Maybank IB saran 'jual' saham Hartalega, Kossan
Maybank Investment Bank (IB) Research menyemak turun penarafan bagi sektor tersebut kepada 'negatif' berbanding 'neutral' sebelum ini.
Saham sarung tangan bantu lonjakkan dagangan di Bursa Malaysia
Keuntungan yang diraih oleh Hartalega dan Top Glove membantu Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga petang ini untuk berada di dalam zon positif.
Untung bersih Hartalega melonjak kepada 2.89 bilion bagi tahun kewangan 2021
Untung bersih Hartalega melonjak 565 peratus kepada RM2.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021 berbanding RM433.62 juta setahun yang lepas.
Pelaburan RM7 bil Hartalega di Bukit Kayu Hitam jadi pemangkin ekonomi negara - Tengku Zafrul
Hartagela rancang bina 16 fasiliti pembuatan sarung tangan getah di Bukit Kayu Hitam dalam 20 tahun, penjanaan 12 ribu pekerjaan baharu
Modus operandi sindiket penipuan pembekalan sarung tangan didedah
Ia bukan sahaja membabitkan penipuan kecil-kecilan membabitkan pembeli runcit, malah kini skalanya dipercayai semakin besar melalui skim jualan kononnya dari kilang.
Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.