Industri sarung tangan getah tempatan dijangka tidak mampu menampung permintaan pasaran bagi tiga tahun akan datang berikutan kekangan kapasitinya, demikian menurut syarikat pengeluar sarung tangan getah sintetik terbesar dunia, Hartalega.
Pengerusi Eksekutifnya, Kuan Kam Hon berkata ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.
"Malah, sebarang pengembangan atau tempoh peralihan (bagi memenuhi permintaan) adalah sekurang-kurangnya tiga tahun.
"Jika pada tahun keempat sekali pun ada lebihan sarung tangan, ini akan dihantar ke bangunan inventori. Andai terdapat kekurangan bekalan, sudah pasti anda tidak dapat menambah inventori itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini.
Kam Hon berkata Hartalega turut menambah kapasitinya kira-kira 20 peratus setahun yang meningkat sedikit daripada pertumbuhan organik dalam industri berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Kuan Mun Leong berkata pandemik COVID-19 itu telah mengubah tingkah laku pengguna dan meningkatkan permintaan terhadap produk tersebut.
"Permintaan bagi sarung tangan getah di negara-negara maju telah meningkat sebanyak 30 peratus. Walaupun penggunaan per kapitanya adalah rendah sebelum ini, penggunaan semasa telah meningkat lebih dua kali ganda di negara sedang membangun," katanya.
Mun Leong berkata syarikat itu terus meningkatkan kapasitinya selepas menyedari asas permintaan global itu telah berubah.
"Pandemik COVID-19 dijangka terus memacu permintaan pasaran dan kami lebih menumpukan peranan untuk melindungi petugas barisan hadapan terlebih dahulu dalam usaha berterusan memerangi krisis global ini," katanya.
Menurutnya, bagi menampung pertumbuhan permintaan itu selain melaksanakan perspektif jangka panjang terhadap usaha peningkatan struktur, Hartalega juga akan melonjakkan pengembangan kapasitinya menerusi Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) syarukat itu di Sepang, Selangor.
"Setakat ini, kami telah mengoperasikan 10 daripada 12 barisan pengeluaran untuk Kilang 6 manakala barisan pengeluaran pertama Kilang 7 kini berjalan lancar untuk siap pada bulan depan," katanya.
Selain itu, Hartalega turut menumpukan rancangan pengembangannya menerusi pembelian tanah seluas 24.23 hektar di lokasi bersebelahan Kilang 7, kata Mun Leong.
Ini membabitkan pembinaan empat lagi kilang tambahan iaitu Kilang 8-11 serta menambah kapasiti sarung tangan kepada 19 bilion helai setahun apabila siap kelak.
"Pertumbuhan kapasiti jangka panjang kami akan dipacu oleh fasa pengembangan berikutnya iaitu NGC 2.0. Kami berhasrat untuk melancarkan pengeluaran pertama pada separuh pertama 2022.
"Apabila siap sepenuhnya pada 2027, jumlah kapasiti pemasangan tahunan kumpulan akan meningkat kepada 95 bilion helai setahun," katanya.
Menurut Mun Leong, ini akan membolehkan Hartalega tidak hanya kekal sebagai peneraju industri malah dapat terus menyumbang dari segi melindungi nyawa di serata dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020
Pandemik COVID-19 mengubah tingkah laku pengguna dan meningkatkan permintaan terhadap sarung tangan getah.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.