Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi boleh menambah berbilion ringgit kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2024, menurut satu kajian.
Kajian Kematangan Digital Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Asia Pasifik 2020 dilakukan bersama syarikat teknologi Cisco dan syarikat risikan pasaran, International Data Corporation.
Pengarah Urusan Cisco Malaysia Albert Chai berkata PKS Malaysia telah menunjukkan daya tahan dan telah memanfaatkan teknologi untuk beroperasi semasa pandemik COVID-19.
"Memandangkan Malaysia dapat mengatasi pandemik dan aktiviti perniagaan mula meningkat, transformasi digital PKS akan memainkan peranan penting dalam pemulihan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi," katanya pada taklimat media mengenai Kajian Kematangan Digital PKS Asia Pasifik Cisco secara maya hari ini.
Kajian itu melibatkan 1,424 responden dari 14 negara Asia Pasifik.
Hasil kajian itu menunjukkan PKS Malaysia yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi boleh menambah antara RM79 bilion dan RM99 bilion kepada KDNK menjelang 2024.
Katanya membeli atau menaik taraf perkakasan IT (18 peratus) merupakan keutamaan pelaburan teknologi yang utama kepada PKS Malaysia, diikuti membeli atau menaik taraf perisian IT (14 peratus) dan keselamatan siber (11 peratus).
Dalam kalangan responden, 86 peratus berkata mereka yakin pendigitalan akan membantu membangunkan daya tahan pada masa depan terhadap krisis seperti COVID-19.
"Keupayaan daya tahan, pantas dan transformasi digital PKS akan memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia selepas COVID-19," menurut kajian itu.
Katanya PKS yang membuat pelaburan dalam bidang teknologi menikmati faedah yang lebih tinggi dari segi pendapatan dan produktiviti berbanding mereka yang mempunyai pendekatan yang sederhana terhadap pendigitalan.
Pengarah Perniagaan Kecil dan Komersial ASEAN Cisco Raz Mohamad berkata PKS menyumbang lebih 85 peratus daripada jumlah penubuhan perniagaan dan menjadi penyumbang utama kepada pekerjaan sektor swasta di rantau ini.
"Walaupun PKS kini menghadapi cabaran terbesar dalam operasi mereka, mereka juga mempunyai peluang untuk mempercepatkan transformasi digital mereka.
"Teknologi bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan beberapa cabaran utama mereka dan memberi nafas baharu kepada operasi mereka, tetapi juga membantu mereka mengekalkan pertumbuhan jangka panjang," katanya.
Menurut kajian itu, sebanyak 64 peratus daripada PKS Malaysia merancang untuk melakukan transformasi digital untuk membawa produk dan perkhidmatan baharu dalam pasaran, peningkatan yang besar daripada 33 peratus pada tahun lepas.
"Ini merupakan perkembangan yang positif, berdasarkan PKS menyumbang 98.5 peratus daripada semua perniagaan, 66.2 peratus daripada jumlah pekerjaan negara dan menyumbang 38.3 peratus kepada keseluruhan KDNK, menjadikan mereka komponen penting kepada landskap perdagangan dan komersial Malaysia," menurut kajian itu.
Selain itu, 59 peratus daripada responden menyedari bahawa persaingan sedang berubah dan mereka perlu seiring dengan trend tersebut, manakala 43 peratus berkata mereka melakukan transformasi berikutan permintaan daripada pelanggan.
Kajian itu turut menyatakan bahawa PKS sedang menghadapi cabaran dalam mengguna pakai strategi pendigitalan.
Menurut responden, kekurangan tenaga mahir dalam bidang teknologi merupakan cabaran terbesar yang mereka hadapi (21 peratus), diikuti kekurangan bajet dan komitmen daripada pengurusan (16 peratus).
PKS juga didapati kekurangan pelan tindakan transformasi digital yang tepat dan penting kepada mana-mana organisasi yang mahu memacu perubahan yang besar (12 peratus).
Ia menekankan bahawa hampir 70 peratus daripada PKS di Asia Pasifik mempercepatkan pendigitalan perniagaan mereka berikutan pandemik.
Bernama
Thu Sep 17 2020
PKS Malaysia telah menunjukkan daya tahan dan telah memanfaatkan teknologi untuk beroperasi semasa pandemik COVID-19. - Astro AWANI
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.