KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melancarkan pelan strategik dalam masa terdekat sebagai kesiapsiagaan mengharungi masa hadapan.
Tanpa mendedahkan bila akan dilancarkan, Pengerusinya Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata pelan strategik itu akan merangkumi dua perkara utama iaitu penjenamaan semula imej dan digitalisasi PTPTN.
"Pertama sekali kita hendak buat sedikit penjenamaan semula, kita hendak ubah persepsi masyarakat terhadap PTPTN. Kita hendak ubah daripada dilihat sebagai sebuah badan pemberi hutang kepada sebuah badan yang fungsi utamanya ialah tabung.
"Bila sebut PTPTN, mereka (masyarakat) ingat pinjaman, jadi kita hendak ubah yang kita adalah tabung pendidikan yang ada produk pinjaman kepada mereka yang perlu," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk 'Peranan dan Cabaran PTPTN' di sini malam tadi.
Beliau berkata fokus kedua pelan strategik itu adalah mendigitalisasi proses-proses PTPTN, selari dengan peredaran masa yang tertumpu kepada era teknologi maklumat.
Beliau berkata beberapa langkah yang bakal diambil PTPTN itu akan diumumkan dalam pelancaran pelan startegik tersebut.
Selain itu, beliau menjelaskan PTPTN telah meluluskan permohonan pinjaman kepada 150,567 pelajar pada tahun lepas dengan jumlah pinjaman sebanyak RM3.59 bilion.
Beliau juga berjanji akan meneruskan komitmen membuat pengeluaran pinjaman kepada peminjam sedia ada yang meneruskan pengajian.
Wan Saiful berkata PTPTN akan meneruskan pemberian insentif Geran Sepadan sehingga RM10,000 kepada golongan B40 yang menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Mengulas mengenai pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun melalui SSPN, beliau berkata ia adalah antara produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit yang membuat simpanan untuk anak-anak.
Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan dalam SSPN juga telah dilanjutkan sehingga 2022, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
PTPTN akan meneruskan pemberian insentif Geran Sepadan sehingga RM10,000 kepada golongan B40 yang menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Wan Saiful dakwa 'dikacau ganggu' oleh SPRM
Gangguan tersebut diterima selepas kenyataannya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Pertemuan dengan Speaker perkara biasa di Dewan Rakyat - Fahmi
Kerajaan hanya ingin memberi maklum balas dan berkongsi idea dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara yang berlaku di dalam dewan.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Dewan Rakyat: Wan Saiful mohon maaf, usul gantung enam bulan ditarik balik
Beliau telah menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf pada 29 Februari lepas namun sekali lagi berbuat demikian di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.
SPRM beri tempoh seminggu kepada Wan Saiful
SPRM memberikan tempoh seminggu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya.