Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd akan memberi kekuatan baharu kepada syarikat kereta nasional itu, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-20 Mengenai Masa Depan Asia, di sini.
"Saya percaya pelantikan Tun akan memberi kekuatan baharu kepada PROTON berdasarkan komitmen tinggi beliau untuk kereta nasional kita," kata Najib ketika diminta mengulas mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri itu sebagai pengerusi PROTON berkuat kuasa 16 Mei lalu.
"Walaupun ada banyak cabaran, namun dalam usaha meningkatkan daya saing PROTON, saya percaya syarikat itu akan mendapat banyak manfaat daripada komitmen dan pengalaman beliau," kata Najib.
Ditanya mengenai pelantikan ini akan bermakna Dr Mahathir mempunyai kuasa yang lebih luas dalam menentukan hala tuju Proton, beliau menjawab, "itu terpulang kepada PROTON kerana PROTON ialah syarikat senaraian awam".
Selain sebagai pengerusi PROTON, Dr Mahathir turut dilantik sebagai Pengerusi Group Lotus plc (Lotus), iaitu anak syarikat PROTON.
Dr Mahathir mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Mohd Khamil Jamil yang akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif, namun kekal sebagai anggota lembaga pengarah syarikat.
Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi, Dr Mahathir ialah penasihat PROTON sejak 2003, selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Sementara itu, semasa sesi dialog pada persidangan berkenaan, Dr Mahathir berkata jumlah jualan kereta nasional yang kecil menjadikannya sukar untuk mencapai ekonomi berskala besar.
"Satu-satunya cara ialah berkembang ke pasaran luar. Kita tidak mahu menjadi seperti Thailand (yang hanya memasang kereta). Kami mahu melakukan lebih daripada itu. Kami mahu belajar dari A hingga Z. Oleh itu, kita tidak dapat mengeksport seperti yang Thailand lakukan," kata beliau.
"Kita baru bermula. Kita pernah menguasai 80 peratus bahagian pasaran. Sekarang turun kepada 23 peratus. Kita cuba untuk bersaing sebaik mungkin. Kita berharap kerajaan akan melindungi kita sedikit dari model asing kerana mereka mempunyai ekonomi berskala besar," kata Dr Mahathir.
Bernama
Thu May 22 2014
Pelantikan Tun akan memberi kekuatan baharu kepada PROTON berdasarkan komitmen tinggi beliau untuk kereta nasional - Najib
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Pejuang fokus kerjasama NGO hadapi PRU15 - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.
Pakatan Harapan jatuh sebab Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM - Tun M
"Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sekadar umum cukup majoriti, Kerajaan tidak akan tumbang - Naib Presiden Pas
Pas masih sangsi dengan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan.
Rohingya perlu dilayan sebagai rakyat atau diberi wilayah sendiri - Dr Mahathir
Etnik Rohingya seharusnya dilayan sebagai rakyat Myanmar atau diberikan wilayah sendiri untuk membentuk negeri, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kepentingan negara kecil dipertahankan dalam ASEAN - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata 'Harimau Asia' masih ada walaupun sesetengah mungkin telah berhibernasi untuk sementara waktu.
Azmin cedera tulang belakang, bertugas dari rumah
Keputusan untuk bekerja dari rumah itu adalah atas nasihat doktor yang menyarankan Azmin berehat daripada bertugas kerana kecederaan pada tulang belakang beliau.
BR1M, Dasar Gaji Minimum bantu capai objektif ekonomi negara - Abdul Rahman
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah sesuatu yang haram atau rasuah atau menyalahi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
PPBM wajar henti BR1M jika Pakatan Harapan memerintah - Lokman Adam
Mahathir perlu sedar bahawa ada 7.2 juta rakyat Malaysia yang amat mengharapkan BR1M untuk menampung kos sara hidup.
PM Najib tempelak pembangkang tuduh kerajaan jual kedaulatan negara kepada China
Beliau berkata tindakan pembangkang itu dilihat cuba untuk menafikan kejayaan yang diraih oleh kerajaan hasil lawatan tersebut sehingga mampu membawa masuk pelaburan bernilai RM144 bilion.
DAP tentukan PM jika Pakatan Harapan menang PRU - Lokman Adam
DAP akan menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri seandainya Pakatan Harapan menang di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.