awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembentangan RMK-12 ditangguh?

Najib Aroff
Najib Aroff
30/05/2020
10:13 MYT
Pembentangan RMK-12 ditangguh?
Pada 7 Mei, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan RMK-12 tidak akan terjejas akibat COVID-19 - Foto AFP
Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos ini akan ditangguhkan ke Januari tahun depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali
Menurut surat dari sumber yang dekat dengan perkara ini, beberapa sebab telah digariskan atas penangguhan itu termasuk akibat COVID-19.
"Keputusan penangguhan ini dibuat berdasarkan kepada beberapa justifikasi iaitu pembentukan kabinet baharu serta penubuhan dan penstrukturan semula kementerian pada Mac 2020, keperluan mengambil kira cadangan langkah penyelesaian dalam pelan pemulihan pasca COVID-19.
"Anggaran kedudukan ekonomi negara dalam tempoh lima tahun akan datang berdasarkan keadaan semasa, serta perancangan RMK-12 perlu mengambil kira kedudukan fiskal terkini dan unjuran kedudukan fiskal tempoh 2021-2025," katanya.
Mohd Zuki berkata satu sesi libat urus akan dijalankan Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perdana Menteri bersama semua pihak berkepentingan melalui Mesyuarat Kumpulan Perancangan Antara Agensi pada Jun dan Julai 2020 sebelum dokumen akhir dibentangkan.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkaitan penangguhan pembentangan ini.
Pada 7 Mei, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan RMK-12 tidak akan terjejas akibat COVID-19 kerana ia merupakan rancangan ekonomi jangka panjang malah ketika ini juga kerajaan sedang membuat kajian pelan pemulihan ekonomi.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ekonomi
#EPU
#JPM
#Menteri Kewangan
#MOF
#Mustapa Mohamed
#Rancangan Malaysia ke12
#RMK
#RMK12
#Zafrul Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan