KUALA LUMPUR: Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) menyifatkan pembukaan semula sempadan negara dengan kaedah selamat dan bertanggungjawab akan dapat "memperkukuh pemulihan perniagaan yang mampan."
Menurut ACCCIM dalam kenyataan pada Selasa, ia menyambut baik pembukaan semula sempadan negara untuk membantu memulihkan aktiviti ekonomi dan perniagaan domestik termasuk pelancongan, runcit, hotel, restoran dan industri penerbangan.
"Pelancongan merupakan satu daripada sumber pendapatan pertukaran asing Malaysia dengan jumlah terimaan pelancong sebanyak RM86.1 bilion atau 5.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dan 26.1 juta pelancong.
"Daripada Januari hingga September 2021, jumlah pelancong merosot kepada 73,309 orang dengan terimaan pelancong yang sedikit berjumlah RM123 juta," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April depan.
Beliau turut mengumumkan had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan mulai tarikh yang sama, sekali gus membolehkan pemilik premis melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.
Ismail Sabri berkata fasa 'Peralihan Ke Endemik' ini merupakan 'exit strategy' (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.
BACA: Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri
Sementara itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berkata dengan berakhirnya sekatan seperti kuarantin wajib, matlamat negara bagi pertumbuhan KDNK 5.5 - 6.0 peratus pada 2022 kini menjadi lebih realistik.
"Pembukaan semula sempadan negara akan membantu pemulihan ekonomi kita secara ketara. Ekonomi kita berkembang sederhana pada 3.1 peratus tahun lepas berbanding penurunan 5.6 peratus pada 2020, terutamanya disebabkan sekatan pergerakan yang berlanjutan dan penutupan berterusan sempadan negara kita," katanya dalam kenyataan berasingan.
SAMENTA berkata sektor pelancongan akan menjadi penerima manfaat terbesar susulan pengumuman hari ini, manakala Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan mendapat kemudahan perdagangan dan perniagaan yang lebih baik.
"Pemulihan PKS kita masih tidak kukuh. Pengumuman hari ini akan membantu menyokong pemulihan ini, namun, lebih banyak bantuan akan diperlukan dari segi automasi dan pembiayaan pra-penghantaran memandangkan produktiviti dan aliran tunai kekal sebagai cabaran utama bagi PKS Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Pemandangan indah di Pulau Redang yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.