awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian CFO baharu masih berjalan, siasatan dalaman kes terpencil - Presiden Maybank

Bernama
Bernama
26/02/2025
11:20 MYT
Pencarian CFO baharu masih berjalan, siasatan dalaman kes terpencil - Presiden Maybank
Maybank sedang dalam proses mencari Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan yang baharu selepas penamatan perkhidmatan Khalijah Ismail susulan siasatan dalaman. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengisian jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan yang baharu masih berjalan selepas Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini susulan siasatan dalaman, kata Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini.

Ringkasan AI
  • Maybank sedang dalam proses mencari Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan yang baharu selepas penamatan perkhidmatan Khalijah Ismail susulan siasatan dalaman. Malique Firdauz Ahmad Sidique dilantik sebagai Pemangku CFO Kumpulan.
  • Siasatan dalaman terhadap Khalijah Ismail adalah kes terpencil, tidak dicetuskan oleh pihak berkuasa, dan tiada pelanggaran peraturan ditemui. Tiada pemalsuan akaun atau kerugian kewangan dialami oleh bank.
  • Siasatan dijalankan mengikut proses dan dasar dalaman bank, dengan Khalijah diberi peluang membentangkan kesnya. Maybank menegaskan komitmen terhadap tadbir urus dengan standard tertinggi.

"Kami akan mengumumkannya sebaik sahaja kami mengenal pasti individu berkenaan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Khairussaleh Ramli kepada wartawan selepas mengumumkan keputusan kewangan bank itu untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024).
Beliau berkata siasatan dalaman itu merupakan kes terpencil dan tidak dicetuskan oleh pihak berkuasa, dan tiada pelanggaran peraturan ditemui semasa siasatan dalaman.
Pada 17 Februari, Maybank mengumumkan Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya sebagai CFO berkuat kuasa serta-merta susulan siasatan dalaman bank berkenaan.
Bank itu melantik Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai Pemangku CFO Kumpulan berkuat kuasa pada hari yang sama.
Khairussaleh menegaskan semula bahawa tiada berlakunya pemalsuan akaun, serta tiada kerugian kewangan yang dialami oleh pihak bank.
"Siasatan dalaman itu juga, kami percaya, ia merupakan kes terpencil, dan tidak dicetuskan oleh pihak berkuasa. Juga tiada pelanggaran peraturan yang ditemui. Jadi, saya percaya penjelasan ini sudah memadai," katanya.
Khairussaleh berkata siasatan dalaman yang dijalankan ke atas Khalijah adalah mengikut proses yang sewajarnya serta dasar dalaman bank dan beliau diberikan peluang untuk membentangkan kesnya semasa proses siasatan.
"Kami menjunjung tadbir urus dengan standard tertinggi. Kami berpendapat sebarang aktiviti atau sebarang keputusan yang kami buat perlu berdasarkan prinsip-prinsip utama termasuk tadbir urus dan ini termasuk tindakan yang kami ambil ke atas CFO Kumpulan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#Khalijah Ismail
#Ketua Pegawai Kewangan
#penamatan perkhidmatan
#Khairussaleh Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan