KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan berjumlah RM27.0 bilion bagi separuh pertama 2022, merosot sebanyak RM7.06 bilion atau 21 peratus berbanding RM34.06 bilion yang disaksikan dalam tempoh sama pada 2021.
Jumlah pendapatan pelaburan kasar untuk suku kedua 2022 turut menyusut sebanyak RM3.63 bilion kepada RM11.14 bilion daripada RM14.77 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Ekuiti terus menjadi penyumbang utama pendapatan bagi suku kedua 2022 pada RM4.88 bilion, menyumbang 44 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar pada suku dikaji, kata dana persaraan itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, jangkaan pertumbuhan global telah lari daripada sasaran, yang menyebabkan tercetus jualan berterusan di pasaran dunia.
"Aliran menurun yang konsisten ini memberi impak kepada pendapatan ekuiti KWSP, terutamanya melalui pasaran saham global yang merosot antara 17 peratus dan 21 peratus semasa separuh pertama 2022.
"Bagaimanapun, kepelbagaian pelaburan KWSP dalam kelas aset, pasaran serta mata wang yang berbeza seperti yang ditetapkan dalam peruntukan aset strategiknya (SAA), telah membantu KWSP untuk kekal berdaya tahan dalam keadaan pasaran yang bergolak dan melindungi pulangan pelaburan jangka panjangnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ekuiti swasta telah berjaya memberikan pulangan yang sihat berjumlah RM1.15 bilion, peningkatan lebih 100 peratus berbanding RM0.54 bilion yang dicatatkan pada suku kedua 2021.
Instrumen pendapatan tetap, yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia dan setara, serta pinjaman dan bon, menyumbang sebahagian besar daripada pendapatan pelaburan kasar bagi suku kedua 2022, pada 42 peratus daripada jumlah pendapatan atau RM4.73 bilion.
"Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.20 bilion, manakala hasil daripada instrumen pasaran wang menjana RM0.33 bilion, sejajar dengan jangkaan pulangan yang ditetapkan bagi kelas aset ini," katanya.
Pada suku kedua 2022, pelaburan luar negara KWSP, yang membentuk 36 peratus daripada jumlah aset pelaburannya, menjana RM5.51 bilion hasil, mewakili 49 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar yang direkodkan.
Sejumlah RM1.16 bilion daripada RM11.14 bilion pendapatan pelaburan kasar telah dijana bagi Simpanan Syariah pada suku kedua 2022, manakala RM9.98 bilion untuk Simpanan Konvensional.
Mengambil kira kesan RM2.15 bilion yang telah dihapus kira untuk ekuiti tersenarai pada suku tersebut, jumlah pendapatan pelaburan KWSP pada suku kedua 2022 adalah RM8.98 bilion.
Setakat Jun 2022, aset di bawah pengurusan KWSP adalah sebanyak RM957.25 bilion, selepas mengambil kira pengeluaran berkaitan pandemik yang berjumlah RM44.6 bilion.
"Bagaimanapun, pertumbuhan aset KWSP kekal sihat apabila caruman yang diterima berjumlah RM43.23 bilion setakat Jun 2022 telah disokong oleh pendapatan pelaburan," katanya lagi.
KWSP ketika mengulas mengenai prospek telah mengekalkan unjuran positif dalam pasaran tempatan dan percaya bahawa pemulihan ekonomi Malaysia akan terus berlanjutan untuk baki 2022 berikutan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh sebanyak 8.9 peratus yang direkodkan semasa suku kedua.
"Bagaimanapun, KWSP tetap berhati-hati terhadap risiko utama yang terus menjejaskan pasaran dan sentimen pelabur," katanya.
Sementara itu, KWSP menekankan bahawa keahliannya menunjukkan pertumbuhan yang beransur-ansur dan stabil dalam tempoh lima tahun lepas dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 2.0 peratus.
Ini disebabkan pertumbuhan pendaftaran ahli baharu yang mantap iaitu sebanyak 177,230 pada suku kedua 2022, menjadikan jumlah keseluruhan bagi separuh pertama 2022 kepada 323,416 dan jumlah ahli KWSP setakat Jun 2022 ialah 15.5 juta.
"Daripada jumlah itu, sebanyak lapan juta adalah ahli aktif, yang tertinggi direkodkan dalam tempoh lima tahun lepas berbanding 7.2 juta pada 2018," katanya.
Kadar pengambilan bagi kedua-dua program caruman sukarela KWSP juga menunjukkan peningkatan yang ketara.
Pendaftaran baharu keahlian i-Saraan melonjak daripada 17,142 pada separuh pertama 2021 kepada 311,028 menjelang separuh pertama 2022, manakala pendaftaran baharu Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP menokok daripada 1,521 kepada 33,875 dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, jangkaan pertumbuhan global telah lari daripada sasaran, yang menyebabkan tercetus jualan berterusan di pasaran dunia. - Gambar fail/BERNAMA

Pantau Agenda Reformasi: Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori
Pantau Agenda Reformasi kali ini membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori bersama Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin.

Potensi terajui bidang kelestarian kawasan Tropika
Kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta Singapura dan Malaysia boleh meletakkan kedua-dua negara berkenaan sebagai peneraju dalam usaha kelestarian, terutamanya di kawasan tropika. Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Desmond Lee, mengalukan penyertaan syarikat luar, termasuk dari Malaysia terlibat dalam Plan Induk Bangunan Hijau 80-80-80, yang merupakan sebahagian daripada aspirasi Singapura ke arah pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Inflasi Malaysia kekal pada 3.7 peratus pada Februari
Indeks harga pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus.

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai kes luar mahkamah
Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah.

Dua saksi beri keterangan, pengalaman dalam kem tahanan
Dua orang saksi Uyghur memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan di Kongress Amerika Syarikat mengenai kezaliman yang berlaku dalam kem tahanan Uyghur di China.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis - Rafizi
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Cagaran KWSP babit risiko minima kepada peminjam - PM Anwar
Cadangan untuk membolehkan pencarum membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disifatkan mempunyai risiko yang minima kepada peminjam.

Cadangan cagar wang caruman KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perdana Menteri ditanya mengenai justifikasi cadangan itu dan berapakah kadar faedah yang dikenakan.

Kesilapan lazim dalam pengurusan wang
Simpanan biasanya dibuat dengan mengasingkan wang anda dalam akaun simpanan di bank dan jumlah ini boleh digunakan semasa kecemasan atau untuk mencapai matlamat jangka pendek.

Jabatan Penjara buat penilaian sebelum benar banduan jalani pemulihan dalam komuniti
Bukan semua banduan akan dibawa keluar tapi ia berpandu kepada tahap pemulihan yang mereka telah capai.

Perkeso sasar 500,000 suri rumah carum SKSSR menjelang akhir 2023
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyasarkan kira-kira 500,000 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menjelang akhir tahun ini.

Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

KWSP sebagai cagaran pinjaman hanya untuk kes tertentu sahaja - Anwar
Hanya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertentu sahaja akan diberi pertimbangan menggunakan caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Perlindungan SKSSR tidak meliputi kes keganasan rumah tangga
Perkeso Pulau Pinang mengakui menerima permohonan bagi mendapatkan bayaran pampasan daripada mangsa keganasan rumah tangga menerusi SKSSR.