awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengecualian tarif sektor aeroangkasa antara intipati rundingan timbal balas AS - MITI

Bernama
Bernama
08/05/2025
08:10 MYT
Pengecualian tarif sektor aeroangkasa  antara intipati rundingan timbal balas AS - MITI
Hanafi berkata sektor aeroangkasa merupakan salah satu sektor kritikal yang sekiranya dikenakan tarif akan memberi kesan kepada kedua-dua syarikat tempatan dan juga syarikat AS. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pengecualian sektor aeroangkasa daripada dikenakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) merupakan salah satu intipati dalam rundingan timbal balas antara kerajaan Malaysia dan AS.

Ringkasan AI
  • Sektor aeroangkasa Malaysia dikecualikan daripada dikenakan tarif oleh Amerika Syarikat dalam rundingan timbal balas antara kedua-dua negara.
  • Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Hanafi Sakri, menekankan bahawa sektor aeroangkasa adalah kritikal dan jika dikenakan tarif, ia akan memberi kesan kepada syarikat tempatan dan syarikat AS.
  • Malaysia berusaha untuk mengecualikan semua sektor daripada tarif dalam rundingan dengan AS, namun pengecualian bergantung kepada tahap kritikal sektor tersebut.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) (MITI) Datuk Hanafi Sakri berkata sektor aeroangkasa merupakan salah satu sektor kritikal yang sekiranya dikenakan tarif akan memberi kesan kepada kedua-dua syarikat tempatan dan juga syarikat AS.
"Jika boleh, kita mahu semua sektor dikecualikan (daripada tarif) dalam proses rundingan bersama AS.
"Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada sektor itu (tahap kritikalnya).. dan bagi sektor aeroangkasa, sekiranya dikenakan tarif, syarikat AS (dalam sektor aeroangkasa) juga akan terkesan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan hangar KarbonMRO dan perkhidmatan enjin KarbonMRO, di sini, hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#tarif AS
#rundingan timbal balas
#aeroangkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami