KUALA LUMPUR: MIDF Research menurunkan saranan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada NEUTRAL daripada BELI serta mengurangkan harga sasaran (TP) sahamnya daripada RM11.80 kepada RM9.55 untuk mencerminkan kebimbangan kawal selia yang muncul selepas kerajaan memutuskan untuk mengekalkan tarif elektrik semasa.
Dalam nota kajiannya hari ini, MIDF Research berkata, keputusan untuk menangguhkan semakan tarif itu adalah mengejutkan, memandangkan ia merupakan penangguhan kedua seumpamanya dan kedudukan ICPT TNB yang di bawah pemulihan sebanyak RM1.3 bilion pada 3QFY21 merupakan hasil daripada kenaikan harga pasaran arang batu dan gas.
"Walaupun semakan kami semalam menunjukkan bahawa aliran tunai TNB akan kekal neutral kepada keputusan untuk mengekalkan rebat ICPT, gangguan dalam proses penetapan tarif menimbulkan kebimbangan kawal selia, terutamanya di tengah-tengah kenaikan harga bahan api global.
"Selain itu, ini bermakna ketidakpastian mengenai penentuan pulangan terkawal RP3 akan berpanjangan dan kekal tergantung dalam masa terdekat," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.
Minggu lalu, TNB dalam makluman di Bursa Malaysia berkata, kerajaan meneruskan parameter semasa Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi lanjutan tempoh kawal selia kedua dan mengekalkan jadual tarif elektrik semasa berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022 dan sehingga dimaklumkan kemudian.
Pihak kerajaan juga memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan mekanisme ICPT di samping mengekalkan rebat ICPT pada 2.00 sen/kWh yang sedang dilaksanakan bagi semua pelanggan, termasuk pelanggan domestik dengan penggunaan bulanan 300 kWh dan ke bawah, berkuat kuasa tarikh yang sama.
Syarikat utiliti negara itu bagaimanapun memaklumkan, kesan pelaksanaan ICPT, berlandaskan Panduan Pelaksanaan Kawal Selia (RIG), adalah neutral ke atas TNB dan tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi perniagaan dan kedudukan kewangan.
Dalam pada itu MIDF berkata, persepsi pasaran terhadap perkembangan terkini berpotensi sebagai risiko pengawalseliaan kepada TNB dan ia mungkin menghadkan kenaikan saham dalam jangka masa terdekat, ditambah dengan kebimbangan ESG yang masih berlarutan.
"Oleh itu, kami menurunkan taraf TNB kepada NEUTRAL daripada BELI dan menurunkan TP kami kepada RM9.55 daripada RM11.80 sebelum ini kerana kami kini memasukkan premium risiko yang lebih tinggi ke dalam penilaian Aliran Tunai Terdiskaun (DCF) kami.
"Namun begitu, risiko terbalik kepada panggilan kami mungkin timbul daripada pengumpulan aset tenaga boleh diperbaharui (RE) TBB yang lebih agresif daripada jangkaan berbanding sasaran kapasiti 8300MW RE TNB menjelang 2025," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 05 2022
MIDF Research menurunkan saranan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada NEUTRAL daripada BELI serta mengurangkan harga sasaran (TP) sahamnya daripada RM11.80 kepada RM9.55. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hampir 10,000 warga TNB bertugas pada Aidilfitri
Pemantauan ditingkatkan menjelang hari raya dengan kebiasaannya tempoh 72 jam bermula sehari sebelum 1 Syawal.
IOI City Mall 'bergelap', tiada bekalan elektrik
Seorang pengguna, Syedewa, berkata kiosk perniagaannya yang terletak di dalam pusat membeli belah itu terpaksa ditutup.
Ahli Dewan Negara cadang TNB beri rebat bil elektrik susulan fenomena cuaca panas
Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
TNB cipta sejarah rangkul gelaran 'treble' buat julung kali
TNB melengkapkan musim 2024 dengan bergaya apabila memenangi kejuaraan ketiga selepas menewaskan juara bertahan THT 4-2.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Megat Jalaluddin mulakan tugas sebagai Presiden dan CEO TNB
Megat Jalaluddin yang sebelum ini memegang jawatan COO TNB, menggantikan Baharin yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 29 Feb 2024.
TNB sasar ganti 30 peratus kenderaan dengan EV menjelang 2030
TNB komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada EV.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.