Pemilik kenderaan Honda yang terbabit dengan arahan panggilan semula kereta mereka susulan isu keselamatan beg udara Takata sebelum ini akan diberikan pampasan berjumlah RM50 sehari sepanjang tempoh menunggu ketibaan alat ganti mereka.
Ia sebagai ganti rugi untuk 'kehilangan penggunaan kereta' sepanjang proses penggantian itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Honda Malaysia Sdn Bhd berkata pelanggan bagaimanapun perlu terlebih dahulu mendaftarkan diri di www.productrecall.honda.com.my untuk mendapatkan pampasan terbabit. Pemberian pampasan itu bermula hari ini sehingga 31 Ogos, 2016.
Menurut Honda lagi, sejurus alat ganti beg udara Takata terbabit tiba, pelanggan yang berdaftar akan dimaklumkan mengenainya dan dikehendaki menggantikannya dalam tempoh dua hari.
Selain itu, tiga pusat penyelenggaraan sementara Service Central Hubs turut dibuka.
Ia akan beroperasi tujuh hari seminggu dari 1 Ogos sehingga 30 September dari 8 pagi hingga 7 malam kecuali pada cuti umum, dan terletak di:
*Bahagian Utara
(bersebelahan SMJK Convent Dato’ Keramat School)
No. 401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.
*Bahagian Tengah
Soo & Sons Metal Works Sdn Bhd (berseberlahan Columbia Asia Hospital)
Lot 15, Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
*Bahagian Selatan
Oriental Assemblers Sdn Bhd
99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.
Manakala lokasi 24 Mobile Hubs pula adalah seperti berikut:
Unutu temu janji dan maklumat lanjut, pengguna juga boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.
Pada 23 Jun lalu, Honda Malaysia memanggil balik 147,894 unit model jenama itu bagi menggantikan peledak beg udara tempat duduk bahagian penumpang susulan isu keselamatan.
Astro Awani
Thu Jul 28 2016
Pengguna akan diberikan pampasan berjumlah RM50 sehari sepanjang tempoh menunggu ketibaan alat ganti mereka.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Toyota panggil semula 1.12 juta kenderaan akibat isu beg udara
Masalah itu boleh mengakibatkan 'Occupant Classification System' (OCS) tidak berfungsi.
3,725 kenderaan Chevrolet, SAAB di Malaysia dipanggil balik bagi penggantian 'inflator' beg udara
Bahan rejang PSAN mungkin alami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi kitaran suhu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi.
Beg udara Takata: Mercedes-Benz panggil balik model 2004-2016
Semua pemilik Mercedes-Benz terbabit boleh memeriksa VIN kenderaan masing-masing di laman mikro Mercedes-Benz.
Harga Proton X50 bermula RM79,200 hingga RM103,300
Kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 untuk varian paling asas.
Eksklusif: Spesifikasi penuh Proton X50
Mempunyai empat mod pemanduan iaitu standard, eco, sport dan mempunyai satu lagi mod khas.
Kereta jatuh jambatan mungkin terbenam dalam lumpur - Pasukan SAR
Keadaan arus yang deras turut menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kemalangan.
Proton panggil balik model Proton Perdana generasi semasa
Proton Holdings Bhd hari ini memanggil balik semua model Proton Perdana generasi semasa, yang melibatkan 6,432 kenderaan.
Tukar beg udara atau berdepan senarai hitam!
Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.
Beg udara pecah: Takata mengaku bersalah, bayar AS$1 bilion denda
Takata akan membayar $25 juta sebagai denda, $125 juta untuk tabung pampasan mangsa dan $850 juta untuk pampasan kepada pembuat kereta kerana terpaksa memanggil semula kereta secara besar-besaran.
Penggantian beg udara Takata: Honda Malaysia berikan pampasan RM50 sehari untuk pengguna
Pemilik kenderaan Honda yang terbabit dengan arahan panggilan semula kereta mereka susulan isu keselamatan beg udara Takata akan diberikan pampasan.