awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna i-Akaun KWSP naik kepada 3.10 juta pada suku ketiga 2015

Bernama
Bernama
04/12/2015
09:36 MYT
Pengguna i-Akaun KWSP naik kepada 3.10 juta pada suku ketiga 2015
SHAHRIL RIDZA: Kami galakkan ahli KWSP memuat turun aplikasi 'EPF i-Akaun' supaya semakan akaun KWSP dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas.
Jumlah pengguna i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat 58.09 peratus kepada 3.10 juta pada suku ketiga 2015 berbanding 1.96 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata penggunaan laman web myEPF naik 28.53 peratus kepada 4.03 juta pada suku ketiga 2015 berbanding 3.10 juta pada suku sama 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata dana itu gembira apabila semakin ramai ahli memanfaatkan perkhidmatan i-Akaun yang bukan sahaja memberikan fleksibiliti kepada ahli untuk memantau akaun KWSP mereka, tetapi ia telah menjadi pintu laluan kepada perkhidmatan elektronik KWSP lain seperti e-Caruman dan e-Pengeluaran.
"Kami juga melihat kadar penggunaan yang memberangsangkan bagi aplikasi mudah alih 'EPF i-Akaun' dan menggalakkan ahli memuat turun aplikasi ini yang boleh digunakan dengan Google Android dan Apple iOS, supaya semakan akaun KWSP dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas," katanya.
KWSP berkata jumlah majikan yang berdaftar pada suku ketiga 2015 adalah 14,748, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 537,123, naik 1.66 peratus daripada 528,369 pada suku ketiga 2014.
Katanya jumlah ahli KWSP meningkat 2.38 peratus daripada 14.11 juta pada suku ketiga 2014 kepada 14.45 juta pada suku ketiga 2015, dan 6.74 juta merupakan ahli aktif.
Mengenai e-Caruman, KWSP menggalakkan majikan menggunakan kemudahan itu yang merupakan alternatif lebih mudah untuk menghantar maklumat caruman dan membuat bayaran.
"Sehingga akhir September 2015, sejumlah 298,746 majikan menggunakan perkhidmatan e-Caruman," katanya.
Shahril berkata faktor utama yang menggalakkan peningkatan penggunaan e-Caruman adalah penambahan jumlah institusi kewangan yang membuat bayaran secara dalam talian, termasuk Maybank, CIMB, Hong Leong dan Public Bank.
Topic Berkaitan
#EPF
#i-Akaun
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#myEPF
#Shahril Ridza Ridzuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan