awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan Malaysia dalam BRICS pacu ekonomi berkembang lebih pesat

Bernama
Bernama
01/12/2025
23:30 MYT
Penglibatan Malaysia dalam BRICS pacu ekonomi berkembang lebih pesat
BRICS menawarkan potensi besar untuk Malaysia mengeksport minyak sawit, getah, elektrik serta elektronik selain perkhidmatan seperti pelancongan dan penjagaan kesihatan. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan melihat penglibatan Malaysia dalam BRICS adalah selari dengan usaha memacu ekonomi negara untuk berkembang dengan lebih pesat, stabil dan berdaya tahan.
Kementerian Luar Negeri dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen berkata, BRICS menawarkan potensi besar untuk Malaysia mengeksport minyak sawit, getah, elektrik serta elektronik selain perkhidmatan seperti pelancongan dan penjagaan kesihatan.
"Di samping akses pasaran, BRICS membuka ruang untuk kerjasama industri khususnya dalam bidang tenaga, mineral kritikal, dan teknologi yang sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.
"Kerjasama sebegini menyokong aspirasi Malaysia dalam pertumbuhan hijau, transformasi digital, tenaga boleh baharu dan pembangunan industri bernilai tinggi," tambahnya.
Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang ingin tahu status permohonan Malaysia menyertai BRICS dan manfaat ekonomi dan kewangan dengan menyertai blok ekonomi itu.
Kementerian Luar Negeri berkata, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara anggota BRICS bagi tahun 2024 telah mencapai RM818 bilion, iaitu 35.2 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM334.85 bilion, iaitu 45 peratus daripada jumlah eksport global Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#BRICS
#ekonomi negara
#Kementerian Luar Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan