KUALA LUMPUR: Bank-bank utama dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank akan mengecualikan yuran transaksi untuk perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Perniagaan mikro dan kecil akan terus menikmati transaksi kos sifar , manakala bagi pelanggan individu, penggunaan DuitNow QR untuk membuat pembayaran tidak akan dikenakan caj tambahan.
BNM menekankan DuitNow QR kekal sebagai kaedah pembayaran yang berpatutan serta kos efektif.
"Bagi perniagaan, sebarang yuran transaksi yang dikenakan ke atas bayaran QR kekal serendah, atau lebih rendah daripada, yuran yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit.
Perniagaan menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu menanggung kos berulang untuk penyewaan terminal tempat jualan (POS) bagi saluran pembayaran berasaskan kad atau kos overhed dan tambahan pentadbiran untuk pengendalian pembayaran tunai," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan untuk menangani kebimbangan mengenai pengenaan yuran urus niaga oleh beberapa pemeroleh ke atas perniagaan yang menerima pembayaran DuitNow QR mulai 1 Okt 2023, berikutan tamatnya penepian yuran sementara yang diperkenalkan pada 2019.
Yuran transaksi itu bertujuan untuk menampung kos termasuk pelaburan yang diperlukan oleh industri dalam mengekalkan sistem pembayaran mereka, selain keselamatan siber dan kawalan pencegahan penipuan, bagi mengekalkan standard perkhidmatan serta keselamatan yang tinggi untuk perkhidmatan pembayaran
Sementara itu, BNM menjelaskan industri akan mengambil langkah dalam meminimumkan potensi kesan yuran transaksi ke atas perniagaan kecil.
Bank-bank utama serta penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terpilih, yang menguruskan 75 peratus perniagaan yang kini menerima pembayaran DuitNow QR, telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengetepikan yuran transaksi untuk perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR
Di samping itu, pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), akan memperuntukkan sumber untuk membantu membiayai kos yang ditanggung oleh pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR.
"Bersama-sama, langkah ini akan membolehkan perniagaan mikro dan kecil terus menikmati perkhidmatan pembayaran DuitNow QR pada kos sifar, sambil memastikan perkhidmatan pembayaran QR kekal cekap, boleh dipercayai serta selamat kepada semua pengguna.
"BNM kekal komited sepenuhnya untuk menyokong penggunaan meluas digital pembayaran di Malaysia melalui ekosistem pembayaran yang bertenaga, selamat dan inklusif yang juga mampan dalam jangka panjang," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Bank-bank utama dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank akan mengecualikan yuran transaksi untuk perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR, kata Bank Negara Malaysia.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.