awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas penolong pegawai Mara hadapi 25 pertuduhan pecah amanah wang bayaran pinjaman
Pemandu van Thailand didakwa sebabkan kematian penunggang motosikal wanita
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar

Bernama
Bernama
07/12/2024
13:00 MYT
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim berkata peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim berkata peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Beliau berkata antara contoh syarikat tempatan yang boleh dijadikan panduan susulan memanfaatkan pelaburan dalam sektor teknologi ialah CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd (CG Global) yang terletak di Zon Perindustrian Prai, Pulau Pinang kerana berjaya menembusi pasaran global.
“Saya titipkan ucapan tahniah dan semangat kepada seluruh warga CG Global (yang mana 80 peratus tenaga kerja adalah wanita) atas kejayaan menembusi pasaran global, dan merupakan antara lain hasil daripada program-program dukungan dan insentif daripada kerajaan,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Beliau pada hari ini berpeluang mengadakan lawatan ke CG Global, sebuah perusahaan kecil dan sederhana milik wanita Bumiputera yang merupakan pengeluar utama dalam penyediaan spektrum perkhidmatan CEM (Contract Electronics Manufacturing).
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya sentiasa memberi tumpuan untuk memastikan usahawan wanita memiliki ruang dan peluang yang sama dalam mengembangkan perniagaan seperti yang diterajui oleh usahawan lelaki.
“Sebagai peneraju Tonggak Ekonomi di bawah Kepengerusian ASEAN 2025, MITI akan terus mengetengahkan inisiatif proaktif yang mengutamakan kesaksamaan jantina dalam keusahawanan selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kemampanan,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Beliau yang turut serta dalam lawatan tersebut berkata CG Global merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana wanita Bumiputera yang telah beroperasi sejak 2016.
“Semasa mula ditubuhkan, mereka hanya menyediakan perkhidmatan untuk syarikat multinasional sekitar Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.
“Tapi kini perniagaan mereka hampir 100 peratus berasaskan eksport, dengan pelanggan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, UK dan China,” katanya.
Jelas beliau, pekerja CG Global merupakan 100 peratus Bumiputera dan hampir 80 peratus ialah wanita yang mana 90 peratus daripadanya lepasan diploma dan ijazah.
“Ini memang selaras dengan salah satu keutamaan keberhasilan ekonomi kita iaitu memastikan golongan usahawan wanita tidak dipinggirkan dalam ASEAN,” tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#sektor teknologi
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#CG Global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan