Skip to main content

Teknologi

Instagram perkenal Content Protection kesan video dimuat naik semula tanpa kebenaran

Ciri ini menggunakan sistem pengesanan automatik yang memaklumkan pencipta kandungan jika video mereka dikesan dimuat naik di akaun lain. -Foto Amanz
Ciri ini menggunakan sistem pengesanan automatik yang memaklumkan pencipta kandungan jika video mereka dikesan dimuat naik di akaun lain. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Instagram memperkenalkan ciri Content Protection untuk mengesan dan melindungi video asli daripada dimuat naik semula tanpa kebenaran oleh pihak ketiga.
  • Ciri ini menggunakan sistem pengesanan automatik yang memaklumkan pencipta kandungan jika video mereka dikesan dimuat naik di akaun lain.
  • Pemilik asal boleh memilih untuk menjejak prestasi, menyembunyikan, menambah kredit, atau melepaskan tuntutan terhadap video yang dikesan.
Advertisement

SAN FRANCISCO: Platform media sosial Instagram memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai Content Protection yang mampu mengesan video asli milik pencipta kandungan yang dimuat naik semula tanpa kebenaran oleh akaun pihak ketiga, lapor Amanz.

Langkah yang diumumkan syarikat induknya, Meta, itu bertujuan membendung kegiatan memuat naik semula kandungan kreatif tanpa kebenaran bagi mengaut capaian dan keuntungan menerusi platform berkenaan.

Sebelum ini, ciri perlindungan hak milik video tersebut hanya ditawarkan kepada pencipta kandungan di Facebook sejak November tahun lalu sebelum diperluaskan secara rasmi kepada pencipta kandungan yang layak di Instagram bermula hari ini.

Advertisement

Menerusi sistem pengesanan automatik yang mengimbas kandungan di Instagram dan Facebook, pencipta kandungan yang mendaftar akan menerima notifikasi apabila sistem mengesan padanan visual bagi video asli mereka yang dimuat naik pada akaun lain.

Susulan notifikasi tersebut, pemilik asal mempunyai empat pilihan kawalan iaitu menjejak prestasi tontonan video berkenaan menerusi fungsi Track atau menyembunyikannya daripada tontonan umum di Instagram dan Facebook menerusi fungsi Hide from everyone.

Advertisement

Selain itu, pemilik asal turut boleh menambah label kredit "Original by" bagi memautkan penonton terus ke video atau profil asal menerusi fungsi Add credit link atau melepaskan tuntutan supaya video tersebut terus disiarkan menerusi fungsi Release the match.

Pencipta kandungan yang memenuhi piawaian keaslian dan integriti Instagram juga boleh menyenaraikan akaun kedua, rakan kerjasama atau jenama yang dibenarkan secara rasmi untuk memuat naik semula video mereka menerusi senarai kebenaran (Allow list) di papan pemuka profesional Instagram.

Must Watch Video

Advertisement