BISNES
Penjana mampu tarik minat pelabur asing ke negara ini

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bertujuan untuk memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang bertujuan untuk memacu kembali ekonomi Malaysia ekoran pandemik COVID-19 dilihat bakal menarik semula minat pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Menurut Ketua Penasihat & Penyelidikan EXIM Bank, Zabedah Giw, strategi pengukuhan kembali sektor domestik akan melahirkan kepercayaan pelabur asing untuk melabur.
"Penjana merupakan strategi untuk merancakkan kembalik sektor domestik termasuk perbelanjaan isi rumah, perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana, GLC, dan syarikat korporat di negara ini.
"Ia adalah untuk merancakkan kembali aktiviti perniagaan. Ia juga akan membantu menstabilkan keadaan ekonomi dan akan memastikan ringgit Malaysia meningkat.
"Model ekonomi ini adalah untuk mengukuhkan sektor domestik yang seterusnya akan menarik minat pelabur asing untuk kembali melabur ke negara ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Ia sekali gus akan memberi keyakinan kepada pelabur asing tentang kebolehpasaran di negara ini.
Begitu juga bagi sektor eskport seperti barangan mekanikal, peralatan perubatan dan minyak yang sentiasa mendapat permintaan tinggi.
"Ini adalah faktor utama di mana sokongan akan diberikan kepada sektor eksport di negara ini dan dengan perkembangan digitalisasi bagi industri ini akan melahirkan pelabur asing untuk melabur di negara ini," jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami