awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PENJANA: Minggu terakhir untuk anda langgan Sukuk Prihatin

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2020
05:08 MYT
PENJANA: Minggu terakhir untuk anda langgan Sukuk Prihatin
Sukuk yang diterbitkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu mula dibuka pada 18 Ogos lalu hingga 17 September ini. - Foto Kementerian Kewangan
KURANG seminggu lagi, sukuk digital pertama di negara ini, Sukuk Prihatin akan ditutup bagi langganan.
Sukuk yang diterbitkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu mula dibuka pada 18 Ogos lalu hingga 17 September ini.
Ia merupakan instrumen patuh syariah berlandaskan prinsip Tawarruq melalui pengaturan Komoditi Murabahah untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Sukuk tersebut boleh dilanggan menerusi JomPAY serta DuitNow yang boleh diakses melalui platform perbankan digital 27 bank di Malaysia dengan Maybank menjadi pengedar utama bagi sukuk itu.
Tiada had maksimum ditetapkan bagi sukuk tersebut dengan pelaburan minimum RM500.
Sukuk yang mempunyai tempoh matang selama dua tahun itu menawarkan pulangan sebanyak dua peratus setahun dengan keuntungan akan dibayar setiap suku tahun selain dikecualikan cukai.
Malah, pemegang sukuk diberikan pilihan untuk menyumbang pembayaran balik modal (prinsipal) apabila pelaburan matang selepas dua tahun yang akan diberi potongan cukai sewajarnya.
Hasil terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada Kumpulan Wang COVID-19 bagi pelaksanaan inisiatif pemulihan ekonomi, termasuk meningkatkan kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar; menampung perbelanjaan kesihatan berkaitan penyakit berjangkit; dan membiayai PKS mikro terutamanya usahawan wanita.
Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat Sukuk Prihatin, sila hubungi bank-bank terlibat atau layari https://penjana.treasury.gov.my/ .
Fakta berkenaan Sukuk Prihatin
Fakta berkenaan Sukuk Prihatin
Fakta berkenaan Sukuk Prihatin
Fakta berkenaan Sukuk Prihatin
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#langgan sukuk
#pelaburan
#PENJANA
#PRIHATIN
#Sukuk Prihatin
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan