awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penswastaan Lebuhraya LIKE dan KBL oleh Ekovest dilaksanakan dalam dua fasa

Bernama
Bernama
06/05/2025
00:40 MYT
Penswastaan Lebuhraya LIKE dan KBL oleh Ekovest dilaksanakan dalam dua fasa
Ekovest akan buat pengumuman sewajarnya kepada Bursa Malaysia apabila terdapat sebarang perkembangan mengenai projek yang dicadangkan. - Foto Ekovest Berhad
KUALA LUMPUR: Cadangan penswastaan Lebuhraya Laluan Istana-Kiara (LIKE) dan Lebuhraya Kampung Baru Link (KBL) oleh Ekovest Bhd (Ekovest) akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan projek LIKE bakal dilaksanakan dalam Fasa 1, manakala KBL di bawah Fasa 2.
Syarikat itu berkata di bawah Fasa 1 projek LIKE, kerajaan dan anak syarikat milik penuhnya, Lebuhraya DUKE Fasa 2A Sdn Bhd (LDF2A), akan meneruskan pemeteraian perjanjian konsesi selepas ia disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Sementara bagi Fasa 2 projek KBL, Ekovest berkata Unit Perkongsian Awam Swasta (UKAS) akan memuktamadkan syarat penting dalam konsesi dengan kementerian atau agensi berkaitan dan LDF2A menjelang 31 Dis, 2026.
"Syarikat akan membuat pengumuman yang sewajarnya kepada Bursa Malaysia apabila terdapat sebarang perkembangan mengenai projek yang dicadangkan," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Notis terbaharu itu dikeluarkan berikutan pengumuman syarikat bertarikh 17 Jan, 2017 mengenai cadangan penswastaan Istana Link, Kampung Baru Link dan Lebuhraya Kapar Link.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekovest
#penswastaan
#Lebuhraya Laluan Istana-Kiara
#Lebuhraya Kampung Baru Link
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami