awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyusutan nilai ringgit beri kesan minimum kepada PNB - Hamad Kama Piah

Bernama
Bernama
12/09/2015
12:23 MYT
Penyusutan nilai ringgit beri kesan minimum kepada PNB - Hamad Kama Piah
PNB mengimbangkan dan mempelbagaikan pelaburan supaya dapat memberi yang terbaik kepada pemegang saham.
Penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika tidak banyak memberi kesan terhadap pelaburan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata ini kerana kebanyakan saham PNB dilaburkan dalam negara.
Beliau berkata sebagai pengurus dana, PNB mengimbangkan dan mempelbagaikan pelaburan supaya dapat memberi yang terbaik kepada pemegang saham.
Bercakap kepada pemberita pada majlis Program Sukarelawan Sedunia di Kampung Permatang Sungkai di sini, hari ini, beliau berkata, selain pelaburan dalam negara, PNB turut mempunyai aset di luar negara yang kebanyakannya dalam hartanah.
"Ini adalah peluang terbaik kepada PNB untuk menambah keuntungan jika kami menjual aset-aset berkenaan. Bagaimanapun perkara berkenaan masih diteliti," katanya.
Justeru, Hamad Kama Piah meminta pelabur agar tidak perlu risau mengenai pelaburan mereka kerana ekonomi negara masih berada dalam keadaan baik walaupun nilai ringgit susut.
Beliau yakin negara di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat menangani cabaran ekonomi dengan baik.
"Pelabur tidak perlu bimbang mengenainya (cabaran ekonomi). Setakat ini kita telah melihat beberapa unit amanah yang kita lancarkan sebelum ini turut mendapat sambutan yang baik," katanya.
Topic Berkaitan
#Hamad Kama Piah Che Othman
#PNB
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan