Perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak tiga peratus pada 2012 walaupun cabaran dan permintaan global yang kurang memberangsangkan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Walaupun pertumbuhan di bawah unjuran, negara mencatatkan jumlah dagangan tertinggi sebanyak RM1.31 trilion pada tahun lepas berbanding RM1.27 trilion yang dicatatkan pada 2011.
Mustapa berkata bagi 2013, perdagangan Malaysia dijangka berkembang sebanyak empat hingga lima peratus, dirangsang jangkaan pemulihan di pasaran Amerika Syarikat (AS), peningkatan perdagangan serantau dan aktiviti promosi yang diperhebat oleh kerajaan.
"AEC (Komuniti Ekonomi Asean) akan menjadi pengaruh yang amat penting kepada perdagangan kita manakala pertumbuhan dijangka datang dari Jepun, Korea, China dan Asia.
Tumpuan pada 2013 juga pada Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Afrika," kata Mustapa kepada media selepas mengumumkan Prestasi Perdagangan Malaysia bagi tahun 2012 di sini, Jumaat.
Beliau berkata barangan elektronik dan elektrik (E&E) akan kekal sebagai komponen terbesar bagi pertumbuhan.
Sementara itu, bagi 2012, eksport meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada RM702.19 bilion manakala import menambah 5.9 peratus kepada RM607.36 bilion.
Beliau berkata lebihan dagangan adalah RM94.82 bilion pada 2012, tahun ke-15 berturut-turut lebihan dagangan bagi Malaysia.
Antara lima rakan dagangan utama, pengembangan dalam perdagangan dicatatkan dengan Asean (+8.2 peratus) dan China (+8.0 peratus) manakala perdagangan dengan Jepun menurun satu peratus, Kesatuan Eropah (-2.4 peratus) dan AS (-2.8 peratus).
Negara-negara lain yang mencatatkan pengembangan dalam perdagangan adalah Australia (+13.6 peratus), India (+7.3 peratus) dan Emiriyah Arab Bersatu (+17.3 peratus).
Perdagangan dengan Asean menyumbang 27.3 peratus pada RM358.14 bilion dengan eksport meningkat sebanyak 9.7 peratus kepada RM188.22 bilion manakala import naik 6.5 peratus kepada RM169.92 bilion.
Eksport barangan pembuatan ke Asean meningkat dengan ketara ialah barangan E&E manakala import utama dari Asean juga barangan E&E serta produk kimia dan bahan kimia.
Mustapa berkata China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia pada 2012 dengan perdagangan sebanyak RM180.61 bilion, dengan eksport bernilai RM88.75 bilion dan import RM91.86 bilion.
Sementara itu, eksport ke AS berkembang sebanyak 5.4 peratus kepada RM60.79 bilion manakala import menguncup sebanyak 11.4 peratus kepada RM49.09 bilion.
Barangan pembuatan menguasai 67 peratus daripada jumlah eksport pada RM470.39 bilion.
Yang lain ialah barangan perlombongan (RM145.25 bilion) dan barangan pertanian (RM80.26 bilion).
Bernama
Fri Feb 08 2013

Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.

"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.

Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.

Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).

2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.

Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.

Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.

Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.

Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.