awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Petroleum kembali catat untung pada suku pertama

Bernama
Bernama
20/05/2013
23:55 MYT
Perdana Petroleum kembali catat untung pada suku pertama
Perdana Petroleum Bhd kembali mencatatkan prestasi yang baik dengan keuntungan sebelum cukai pada suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2013 pada RM13.17 juta daripada kerugian sebelum cukai sebanyak RM7.852 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehan juga meningkat enam peratus kepada RM56.779 juta daripada RM53.446 juta sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai disebabkan terutamanya oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi disumbangkan oleh kenaikan dalam penggunaan kapal dan kadar carter.
"Purata penggunaan kapal meningkat daripada 56 peratus pada suku pertama 2012 kepada 74 peratus pada suku semasa," katanya.
Mengenai prospek, kumpulan berkata lembaga pengarah optimistik terhadap perkhidmatan sokongan minyak dan gas, di peringkat dalam negara dan serantau, berdasarkan harga minyak yang stabil, peningkatan dalam aktiviti luar pesisir, tender dan proses pembidaan serta pelbagai program pembangunan oleh Petronas.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#ekonomi
#Perdana Petroleum Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan