KUALA LUMPUR: Perjanjian Penjualan Saham Yang Dinyatakan Semula dan Dipinda (RASSA) bagi pembelian 60 peratus saham dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) telah luput pada 6 Mei, 2021 berikutan syarat-syarat terdahulu dalam perjanjian itu tidak dipenuhi oleh pihak-pihak berkenaan dalam tempoh syarat terdahulu.
RASSA bagi penjualan 60 peratus saham dalam BMSB kepada IWH CREC Sdn Bhd (ICSB), syarikat usaha sama antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC), dimeterai pada 17 Dis, 2019.
BMSB adalah milik penuh TRX City Sdn Bhd manakala TRX City pula merupakan anak syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan (Diperbadankan).
"TRX City dan ICSB telah bekerjasama mencari jalan penyelesaian untuk mengekalkan perkongsian itu bagi merealisasikan matlamat bersama iaitu memanfaatkan potensi Bandar Malaysia.
"Meskipun usaha tersebut dilakukan namun setakat ini, pihak-pihak berkenaan tidak dapat bersetuju secara bersama terhadap terma bagi lanjutan tempoh syarat terdahulu. Justeru, perjanjian ini kini dianggap terbatal dan tidak sah," menurut kenyataan bersama TRX City, IWH dan CREC pada Rabu.
TRX City kekal komited untuk merealisasikan visi Bandar Malaysia, jelasnya.
Menurut kenyataan itu, mana-mana rancangan perniagaan serta pengkomersialan pada masa depan akan mengambil kira situasi pasaran serta agenda sosioekonomi nasional untuk memastikan ia terus berperanan sebagai pemboleh ekonomi penting yang akan menambah manfaat substantif kepada negara.
China Railway Group Ltd akan meneruskan jalinan rapat dengan TRX City dalam sebarang kerjasama masa depan di Malaysia manakala IWH pula terus menyokong kerajaan Malaysia dalam usaha pembangunan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021

Replika model Bandar Malaysia dipamerkan sebelum Majlis Tandatangan Perjanjian Pemegang Saham dan Memorandum Persefahaman oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd, 16 Jun 2015. - Gambar fail BERNAMA

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.
10 Berita Pilihan - (28 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 29 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Putin isytihar gencatan senjata unilateral selama tiga hari di Ukraine pada Mei
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengisytiharkan gencatan senjata secara unilateral di Ukraine dari 8 hingga 10 Mei, sempena ulang tahun ke-80 kemenangan ke atas Nazi Jerman.

Perjanjian Bandar Malaysia luput pada 6 Mei 2021
Ini berikutan syarat-syarat terdahulu dalam perjanjian itu tidak dipenuhi oleh pihak-pihak berkenaan dalam tempoh syarat terdahulu.

Permohonan cadangan bagi bandar Malaysia sedang diuruskan, kata 1MDB RE
1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) hari ini mengumumkan ia sedang mengusahakan proses Permohonan Cadangan bagi pembangunan di Bandar Malaysia di Sungai Besi.