awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas

Bernama
Bernama
14/02/2023
03:57 MYT
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
Terdahulu hari ini, dagangan saham serta waran MyEG digantung dari 9 pagi hingga 10 pagi berikutan pengumuman berkaitan syarikat itu.
KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kenderaan masih boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu seperti biasa menerusi saluran dalam kumpulan MY EG Services (MyEG), termasuk fleksibiliti tambahan melepaskan penerimaan salinan fizikal dokumen mereka.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar dan tidak terjejas.
"Kumpulan ini kekal komited untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan platform dalam talian yang selamat serta selesa," katanya.
Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang MyEG www.myeg.com.my atau menghubungi talian (03)7801 8888 serta akaun media sosialnya bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Terdahulu, dagangan saham serta waran MyEG digantung dari 9 pagi hingga 10 pagi berikutan pengumuman berkaitan syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyEG
#lesen memandu
#cukai jalan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan