awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permodalan sistem perbankan negara kekal kukuh - BNM

Bernama
Bernama
28/02/2022
09:35 MYT
Permodalan sistem perbankan negara kekal kukuh - BNM
BNM berkata tahap permodalan bank berada dalam keadaan baik bagi menghadapi tekanan yang mungkin berlaku dan menyokong pertumbuhan kredit dalam ekonomi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kapasiti penyerapan kerugian bank-bank di Malaysia kekal kukuh dengan lebihan penampan modal sebanyak RM131.9 bilion setakat Januari 2022, kata Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
BNM berkata tahap permodalan bank berada dalam keadaan baik bagi menghadapi tekanan yang mungkin berlaku dan menyokong pertumbuhan kredit dalam ekonomi.
"Nisbah modal meningkat pada Januari 2022 disebabkan pengiktirafan keuntungan akhir tahun. Sebahagiannya diimbangi oleh pelarasan penilaian pada instrumen kewangan tersedia untuk dijual," kata BNM dalam Sorotan Bulanan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut BNM, daya tahan bank terus disokong oleh kualiti aset yang kukuh, nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih pada amnya stabil masing-masing pada 1.4 dan 0.9 peratus.
"Bank terus menyediakan peruntukan tambahan untuk potensi kerugian kredit. Jumlah peruntukan ketika ini berjumlah 1.9 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan dan 130.5 peratus daripada pinjaman terjejas," katanya.
BNM berkata keadaan pasaran kewangan domestik lebih ketat pada Januari 2022 apabila hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) meningkat dan pasaran ekuiti domestik menurun.
Kebanyakannya didorong oleh jangkaan yang lebih kukuh susulan daripada pengetatan dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan dolar US, katanya.
"Pada bulan tersebut walaupun nilai ringgit susut, Malaysia terus mencatat aliran masuk portfolio bukan pemastautin ke dalam pasaran ekuiti dan bon. Apa yang penting walaupun prestasi pasaran kewangan yang lemah, pelarasan pasaran kewangan kekal teratur dalam persekitaran mudah tunai yang mencukupi," kata BNM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#sistem perbankan negara
#Bank Negara Malaysia
#penampan modal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan