Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengeksport Perodua Axia baharu ke Mauritius dan Sri Lanka pada suku ketiga tahun ini, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh.
Beliau berkata syarikat itu telah menghentikan pengeluaran model Viva dan merancang untuk meneruskan jualan dengan memasuki pasaran yang sama.
"Kami masih berbincang dengan beberapa pihak, dan berharap pada tahun ini, kami boleh mengeksport model berkenaan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi separuh pertama 2015 Perodua di sini pada Jumaat.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah unit yang akan dieksport ke negara berkenaan.
Perodua mengeksport model jenamanya termasuk Myvi dan Viva, ke tujuh negara iaitu Sri Lanka, United Kingdom, Singapura, Brunei, Mauritius, Fiji dan Nepal.
Jualan kenderaan pada separuh pertama 2015 syarikat itu meningkat 14.8 peratus kepada 108,500 unit daripada 94,500 unit bagi tempoh yang sama tahun lepas, susulan permintaan kukuh untuk Axia.
Aminar Rashid berkata syarikat itu menjual 53,700 unit Axia dari Januari hingga Jun tahun ini, yang menyumbang hampir 50 peratus daripada keseluruhan jualan sebanyak 108,500 unit.
"Berdasarkan analisis dalaman, anggaran penguasaan pasaran kami bagi separuhpertama adalah sebanyak 33.8 peratus berasaskan unjuran jumlah dagangan keseluruhan industri 321,400 kenderaan," katanya.
Beliau berkata memandangkan tempahan Axia dibuka sejak Ogos 2014, Perodua telah menerima 134,000 tempatan, dengan 83,700 unit telah diserahkan dari September 2014 hingga 9 Julai tahun ini.
"Pada Mac tahun ini, wujud permintaan tinggi untuk Axia, dengan 22,000 unit telah didaftarkan, memandangkan pelanggan mahu mendaftar unit mereka sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan," katanya.
Perolehan selepas jualan Perodua meningkat 7.6 peratus pada separuh pertama kepada RM292.6 juta daripada RM271.8 juta tahun lepas.
Pendapatan daripada aksesori dan alat ganti susut kepada RM120.3 juta atau 2.7 peratus daripada RM123.7 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Perodua telah mengeluarkan 116,000 kenderaan dari Januari hingga Jun tahun ini, peningkatan 12 peratus daripada 104,000 kenderaan yang dihasilkan tahun lepas.
Aminar Rashid berkata syarikat itu yakin dapat mencapai sasaran pendapatan selepas jualan tahun ini, dipacu oleh perniagaan rangka kenderaan dan cat, serta permintaan kukuh untuk model dan promosi.
"Kami melihat potensi yang besar dalam segmen selepas jualan, terutama dalam menambahkan hasil pada masa depan, kami akan meningkatkan lagi perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan di tahap terbaik," katanya, dengan menambah perniagaan selepas jualan menyumbang 10 peratus kepada perolehan syarikat.
Bernama
Fri Jul 10 2015
Perodua yakin dapat mencapai sasaran pendapatan selepas jualan tahun ini, dipacu oleh perniagaan rangka kenderaan dan cat, serta permintaan kukuh untuk model dan promosi. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pemandu Honda Accord dibelasah selepas langgar Axia
Pelanggaran berlaku di Persiaran Eco Santuary, Telok Panglima Garang di Kuala Langat membabitkan dua kereta jenis Honda Accord yang dipandu mangsa serta Perodua Axia dipandu suspek.
Polis siasat video tular wanita pecahkan cermin van penghantar
Polis menerima dua laporan berasingan membabitkan wanita itu dan pemandu van penghantar barang tersebut.
Lelaki pandu lawan arus di lebuh raya PLUS direman 3 hari
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat.
Pemandu Axia rempuh pekerja pembersihan berjaya dikesan, kini berada di wad
Polis mengesahkan wanita yang memandu kereta perodua Axia itu telah dikenal pasti sebagai warganegara Vietnam.
Nombor plat RM1.1 juta: Lebih baik beli 5 rumah teres?
Plat kenderaan Malaysia 1 berjumlah 1,111,111 juta ringgit, boleh dapat rumah, 32 kereta AXIA dan 275 motor Modenas Kriss MR2.
Jualan Axia tertinggi 2015, Perodua belum cadang naikkan harga kereta
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) merekodkan satu lagi kejayaan apabila menjual lebih 213,000 unit kereta mereka bagi tahun 2015.
Perodua optimis capai sasaran jualan 205,000 unit tahun ini disokong model Axia
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 205,000 unit kenderaan pada akhir tahun ini di sebalik situasi mencabar dalam industri automotif sekarang.
Perodua akan eksport Axia ke Mauritius, Sri Lanka pada suku ketiga
Perodua telah menghentikan pengeluaran model Viva dan merancang untuk meneruskan jualan dengan memasuki pasaran yang sama.
Perodua Axia jadi penanda aras baharu pasaran EEV - Muhyiddin
Model terkini kereta Perodua Axia bakal menetapkan penanda aras baharu dari segi kualiti, pengurusan kos dan produktiviti dalam pasaran kenderaan cekap tenaga atau EEV.