awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua Bezza mula berada di pasaran Sri Lanka

Bernama
Bernama
07/06/2017
08:50 MYT
Perodua Bezza mula berada di pasaran Sri Lanka
Model Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) berharga 3.69 juta Rupee Sri Lanka (RM103,162.29).
Model Bezza 1.0L (transmisi automatik) memasuki pasaran Sri Lanka buat pertama kali semalam pada pelancaran yang dianjurkan oleh pengedar rasmi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Unimo Enterprises Ltd.
Perodua dalam kenyataan berkata Sri Lanka merupakan pasaran eksport terbesar bagi jenama Perodua dan sebanyak 14,000 unit telah dijual antara 1997 dan 2017 (sehingga akhir Mei).
Pada masa ini, Unimo mengimport Perodua Axia, yang telah menjual 1, 400 unit pada tahun lepas dan kini, Bezza.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Perodua masih kecil di Sri Lanka, bagaimanapun syarikat automotif itu melihat banyak potensi susulan ekonomi negara tersebut berkembang.
"Bermula tahun ini, kami merancang untuk mengembangkan lagi pasaran eksport semasa kami dan mengkaji yang baharu, dan kami berusaha untuk merealisasikan matlamat kami untuk menjadi penggiat serantau," katanya.
Sejak 1997, Perodua mengeksport lima model ke Sri Lanka, iaitu Perodua Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza.
Model Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) berharga 3.69 juta Rupee Sri Lanka (RM103,162.29).
"Sejak bermula program eksport kami, kami telah mengeksport 75,000 kenderaan. Pada tahap pengeluaran tertinggi, kami mengeksport ke 21 buah negara," kata Aminar.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminar Rashid Salleh
#Perodua
#perodua bezza
#Perusahaan Otomobil Kedua
#Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan