awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua cadang bina satu lagi hab BNP di wilayah tengah

Bernama
Bernama
08/11/2012
08:03 MYT
Perodua  cadang bina satu lagi hab BNP di wilayah tengah
Perodua, pembuat kereta kompak negara, berhasrat mengadakan satu lagi hab membaiki badan dan cat kereta (BNP) di wilayah tengah dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan penggunanya.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata syarikat berharap untuk mempunyai tiga habBNP bagi memenuhi permintaan pasaran wilayah tengah.
Beliau berkata Perodua, pada masa ini mempunyai dua hab BNP, satu di Subang dan satu di Balakong. "Kami sedang mengenal pasti tempat strategik untuk membina hab ketiga BNP kami di wilayah tengah selepas siapnya kilang Balakong kami tahun ini," kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan satu majlis dengan para pengguna Perodua hari ini.
Beliau berkata yang kumpulan itu telah melabur RM3.6 juta untuk mewujudkan hab BNP di Balakong, yang termasuklah bengkel servis am, dan dijangka memulakan operasi pada bila-bila masa.
"Untuk wilayah utara, kami akan melabur RM1.5 juta untuk mewujudkan hab BNP di Pulau Pinang untuk menampung pasaran di sana," kata beliau.
Aminar Rashid berkata kumpulan itu akan memulakan pasukan servis bergerak pertamanya ke kawasan-kawasan Felda dan Felcra dalam suku pertama 2013.
"Kami kini sedang mengusahakan laluan dan menyediakan sumber untuk percubaan pertama di mana kami akan menghantar tiga unit pasukan bergerak ke kawasan Felda dan Felcra," kata beliau.
Beliau berkata jika sambutan menggalakkan, kumpulan akan terus mengembangkan pasukan itu tetapi dengan menambah lebih banyak unit kenderaan untuk kemudahan pengguna.
"Selain daripada pasukan servis bergerak, kami juga akan menambah bengkel di tempat-tempat yang mendapat sambutan yang permintaan," kata beliau.
Topic Berkaitan
#HAB
#Perodua
#Wilayah Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan