Skip to main content

Malaysia

Tuanku Muhriz selamat tiba di tanah air, disambut kehadiran ramai penyokong

Kepulangan Tuanku Muhriz mendapat perhatian susulan perkembangan berkaitan krisis pelantikan takhta Negeri Sembilan yang menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. - Gambar fail/Bernama
Kepulangan Tuanku Muhriz mendapat perhatian susulan perkembangan berkaitan krisis pelantikan takhta Negeri Sembilan yang menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selamat tiba di tanah air pada jam 9.50 malam Khamis selepas melakukan perjalanan ke luar negara.

Baginda kemudiannya dilihat keluar di ruang ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 10.39 malam.

Ketibaan baginda menjadi tumpuan apabila disambut kehadiran ramai penyokong yang berkumpul di kawasan terminal bagi menzahirkan sokongan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu.

Advertisement

Terdahulu, satu poster yang tular di media sosial menggesa orang ramai serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke KLIA bagi menyambut kepulangan baginda.

Kepulangan Tuanku Muhriz mendapat perhatian susulan perkembangan berkaitan krisis pelantikan takhta Negeri Sembilan yang menjadi perhatian umum sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Suasana di KLIA malam ini berlangsung dalam keadaan terkawal dengan penyokong yang hadir mengambil peluang menyambut kepulangan baginda ke tanah air.

Must Watch Video

Advertisement