Meskipun masih berbaki kira-kira sembilan bulan lagi sebelum menjelangnya APEC 2020 yang akan menyaksikan Malaysia berperanan sebagai tuan rumah, namun persediaan telah mula dilaksanakan oleh sekretariat yang diterajui Pengarah Eksekutif, Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria.
Rebecca, yang bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia, sentiasa mengadakan mesyuarat dengan pihak kementerian serta pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Luar.
APEC atau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik merupakan forum ekonomi serantau yang dibentuk pada 1989 bertujuan memanfaatkan peningkatan kesalingbergantungan rantau Asia-Pasifik.
21 anggota APEC berhasrat mewujudkan kemakmuran yang lebih banyak untuk penduduk di rantau ini menerusi penggalakan pertumbuhan yang seimbang, inklusif, mampan, inovatif serta terjamin, selain mempercepat penyepaduan ekonomi serantau.
"Saya telah pergi ke peringkat persediaan. Kami menjalankan banyak kerja libat urus dan saya menghantar sekretariat untuk bekerjasama dengan MITI dan pasukan Malaysia," katanya kepada Bernama semasa akhir Siri Meja Bulat ASEAN di sini, pada Selasa.
Beliau merupakan antara anggota panel bagi acara itu yang dianjurkan Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI) dan Kelab Perniagaan ASEAN dengan kerjasama S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) di sini.
Siri Meja Bulat ASEAN itu bertajuk 'Future of Asean Trade: Tackling Non-Tariff Barriers in the New Trade Order' (Masa Depan Perdagangan ASEAN: Menangani Halangan Bukan Tarif dalam Orde Perdagangan Baharu).
Rebecca, yang merupakan bekas Ketua Setiausaha MITI Malaysia, berkata sekretariat APEC akan ke bahagian utara Malaysia bulan ini untuk mengadakan bengkel selain melihat aspek berbeza berkaitan penganjuran forum serantau itu, antaranya strategi komunikasi dan logistik.
"Kami bekerjasama baik dengan pasukan Malaysia...termasuk berkaitan tema bagi penganjuran oleh Malaysia. Ia merupakan tahun yang amat penting...tahun Malaysia sebagai tuan rumah APEC 2020," katanya.
Chile menjadi tuan rumah bagi APEC tahun ini.
Mengenai perkembangan Matlamat Bogor, antara usaha utama APEC, beliau berkata: "Kita sedang menyediakan pasca Matlamat Bogor ketika ini. Terdapat beberapa kerja yang akan diserahkan kepada pegawai pada akhir tahun ini untuk dikemukakan kepada para pemimpin namun pelarasan lebih teliti dan perancangan strategik akan dilaksanakan semasa tempoh Malaysia menjadi tuan rumah".
Pada 1994, selepas mesyuarat pemimpin APEC di Indonesia, di bandar Bogor, dengan mereka mengumumkan persetujuan terhadap 'matlamat jangka panjang pelaburan serta perdagangan bebas dan terbuka di Asia Pasifik' dan menetapkan tarikh akhir 'tidak lewat dari 2020'.
Sejak itu, aspirasi bersama tersebut dinamakan Matlamat Bogor.
Ketika diminta mengulas sama ada sebarang pengumuman berkaitan Matlamat Bogor akan dilakukan semasa Malaysia menjadi tuan rumah nanti, Rebecca berkata: "Ya, sudah tentu. Ia merupakan sebahagian daripadanya. Apa yang akan APEC lakukan selepas 2020?...ya, perkara itu akan disampaikan oleh Malaysia".
Mengenai peratusan terkini purata tarif, Rebecca berkata: "APEC tidak melaksanakan tarif terikat seperti ASEAN namun kita mempunyai kenyataan am mengenai pengurangan tarif dan ia telah sedia menjadi sebahagian Matlamat Bogor.
"Oleh itu, liberalisasi perdagangan dari segi tarif telah hampir dilaksanakan. Jadi, apa lagi yang perlu kita lakukan untuk bergerak maju ke hadapan, malah di APEC, kita akan meneliti Langkah Bukan Tarif (NTM)...termasuk langkah pemudahan tarif...perkara ini merupakan sebahagian pakej untuk APEC bergerak maju pada masa depan".
Beliau berkata beberapa aspek Matlamat Bogor yang tidak dapat disempurnakan akan diteruskan semasa Malaysia menjadi tuan rumah kelak.
Menurut Laporan Kemajuan Matlamat Bogor 2018, tarif telah berkurangan, banyak perjanjian perdagangan bebas menambah baik keadaan akses pasaran bagi barangan dan perkhidmatan, selain pembaharuan kastam menjadikannya lebih mudah, murah dan pantas untuk perdagangan.
Bagaimanapun, penilaian juga menunjukkan penambahbaikan perlu dijalankan dalam aspek lain, iaitu tarif pertanian yang masih tinggi berbanding tarif yang dikenakan ke atas produk bukan pertanian, NTM yang menjejaskan perdagangan semakin meningkat sejak beberapa tahun ini, di samping halangan sektor bagi syarikat asing dalam perkhidmatan dan pelaburan.
Matlamat Bogor telah memberi inspirasi kepada ekonomi negara anggota ke arah melaksanakan langkah berasingan dan terkumpul untuk mengurangkan sekatan perdagangan dan pelaburan.
Daripada usaha itu, satu hasil positif telah dicapai apabila penurunan ketara purata tarif bagi rantau itu daripada 17 peratus pada 1980-an kepada kira-kira 5.0 peratus pada masa ini.
Siri Meja Bulat ASEAN itu turut dihadiri Pengerusi CARI, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid dan Timbalan Pengerusi Eksekutif RSIS, Ong Keng Yong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019
APEC tidak melaksanakan tarif terikat seperti ASEAN namun ia mempunyai kenyataan am mengenai pengurangan tarif dan ia telah sedia menjadi sebahagian Matlamat Bogor.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Impak COVID-19 lebih teruk berbanding perang dagang AS-China - Muhyiddin
Krisis kesihatan dan impaknya kepada ekosistem ekonomi global merupakan agenda utama kepada semua ekonomi APEC pada tahun ini.
21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APEC 2020: Negara APEC yang sertai RCEP dijangka patuh pada sistem WTO - Penganalisis
Dengan pematuhan terhadap sistem WTO, ia akan mudahkan usaha penyelesaian terhadap sebarang pertikaian dalam RCEP.
APEC 2020: Malaysia cadang tiga keutamaan rangkumi semua aspek ekonomi
Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diseru untuk berganding bahu ketika berhadapan situasi untuk mengawal dan memulihkan ekonomi yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.
Sepentas secara maya, ini atur cara malam kemuncak pemimpin APEC
Mesyuarat secara maya itu akan bermula pada 8 malam, seiring 8 zon waktu berbeza melibatkan kesemua pemimpin anggota ekonomi APEC.
Masa depan internet terbuka sedang terancam - COO Facebook
Pandemik COVID-19 telah membuktikan nilai kesalinghubungan dan kerjasama melangkaui sempadan serta peluang ekonomi yang dicipta melalui internet terbuka yang mudah diakses.
Trump bakal sertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2020 - Agensi
Kehadiran Trump pada AELM kali ini adalah penglibatan pertama beliau sejak 2017, dan ia adalah satu-satunya penyertaan semasa pentadbirannya.
Dialog CEO APEC Malaysia 2020 penghubung pemimpin kerajaan, perniagaan
Ia akan menumpukan perbincangan terhadap cabaran ketara rantau ini serta dunia dan bentuk kerjasama kerajaan mahu pun sektor swasta untuk memacu pertumbuhan berikutan pandemik COVID-19.