KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.7 peratus, yang lebih rendah berbanding unjuran sekitar empat peratus masih disifatkan sebagai memuaskan dalam konteks ekonomi dunia yang sangat mencabar ketika ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.7 peratus yang dicapai juga adalah lebih baik jika dibandingkan dengan negara seperti Singapura (1.1 peratus) dan Amerika Syarikat (2.5 peratus).
Jelas beliau, pencapaian itu antaranya didorong oleh pertumbuhan perdagangan global yang lebih perlahan.
"Asas ekonomi pada suku keempat 2023 juga semakin kukuh dan momentum tersebut dijangka akan memacu pertumbuhan lebih kukuh pada tahun 2024.
"Kadar pengangguran telah turun kepada 3.3 peratus bagi suku keempat 2023 selaras dengan tahap sebelum COVID-19.
"Kadar inflasi menurun ke 1.6 peratus pada suku keempat 2023 berbanding dua peratus pada suku ketiga, iaitu antara terendah di Asia.
"Prestasi eksport menunjukkan pemulihan pada Januari 2024 dengan peningkatan sebanyak 8.7 peratus selepas menguncup selama sepuluh bulan sebelumnya.
"Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan meningkat ke 49.5 pada Februari 2024 iaitu tertinggi sejak September 2022, sebagai tanda awal pemulihan sektor pembuatan," katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan (MoF) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata prospek pelaburan berada pada tahap sangat baik, dengan pelaburan diluluskan pada 2023 meraih RM329.5 bilion iaitu pencapaian tertinggi dalam sejarah negara.
Beliau menambah usaha ditingkatkan bagi memudah cara perniagaan dan menyegerakan pelaksanaan pelaburan untuk memacu pertumbuhan tahun ini.
"Keyakinan pelabur antarabangsa juga terus dicerminkan semasa lawatan Perdana Menteri ke Australia baru-baru ini dengan minat pelaburan daripada syarikat Australia bernilai RM24.5 bilion," katanya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan yakin sasaran ekonomi negara antara empat peratus hingga lima peratus pada 2024 mampu dicapai.
Sementara itu, Amir Hamzah berkata peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) yang lebih rendah iaitu sebanyak 125 mata asas daripada 1.75 peratus ke 3.00 peratus berbanding negara lain, antara sebab utama ringgit menurun.
Ujarnya, negara seperti Filipina, Indonesia, Korea serta India telah meningkatkan kadar dasar utama mereka ke paras yang lebih tinggi sebanyak 200 ke 450 mata asas berbanding Malaysia.
"Bank Negara Malaysia (BNM) juga pada 7 Mac lalu masih mengekalkan kadar OPR pada 3.00 peratus untuk kali kelima berturut-turut.
"Dalam masa sama, perbezaan ketara dalam kadar faedah dengan Amerika Syarikat (AS) iaitu sebanyak 250 mata asas mendorong pelabur asing untuk mengalihkan modal mereka keluar daripada pasaran domestik ke pasaran yang memberikan pulangan lebih tinggi," jelas beliau.
Katanya, matlamat utama Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dalam menentukan kadar OPR adalah untuk menstabilkan harga, selain memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, dan bukan mengawal kadar pertukaran ringgit.
Begitu pun, jika OPR dinaikkan untuk mengukuhkan ringgit, beliau berkata ekonomi negara akan terkesan dan pelbagai pihak khususnya peminjam perlu membayar faedah lebih tinggi.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 11 2024
Jelas Amir Hamzah, pencapaian itu antaranya didorong oleh pertumbuhan perdagangan global yang lebih perlahan - Foto/ Japen
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.