ALOR SETAR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus meningkat pada suku kedua dan ketiga tahun ini, didorong oleh usaha berterusan kerajaan untuk menarik pelaburan asing selain kejayaan program vaksinasi COVID-19.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pertumbuhan sebanyak lima peratus yang dicapai pada suku pertama tahun ini, turut menjadi petunjuk bahawa prestasi ekonomi negara akan terus bertambah baik.
"Ini ekoran daripada dasar-dasar dan program yang telah dimulakan oleh (bekas Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan program vaksinasi COVID-19 negara dapat disegerakan. Malah, kini lebih daripada 98.5 peratus populasi dewasa telah mendapat suntikan dan seterusnya membolehkan sempadan negara dibuka.
"Susulan itu, permintaan luaran semakin meningkat dan syarikat-syarikat tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana perlu meningkatkan produktiviti untuk memenuhi permintaan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, mengadakan pertemuan tertutup dengan kepimpinan Bersatu Kedah.
Mengulas selanjutnya, beliau berkata pihaknya berserta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan yang dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan berkualiti untuk tenaga kerja tempatan.
Kerajaan juga akan terus memastikan situasi dan ekosistem perniagaan di negara ini kekal diyakini oleh para pelabur, katanya.
Beliau juga optimis bahawa ekonomi negara kini di landasan tepat untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19 dan kerajaan memerlukan sedikit masa dalam memastikan semua program pemulihan berjalan lancar.
Atas alasan itu, beliau menolak sebarang gesaan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 dalam masa terdekat ini.
"Kita harus meletakkan kepentingan ekonomi negara, rakyat sebagai keutamaan dalam memastikan Malaysia terus memacu satu pertumbuhan yang lestari untuk masa-masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Azmin berkata pertumbuhan sebanyak lima peratus yang dicapai pada suku pertama tahun ini, turut menjadi petunjuk bahawa prestasi ekonomi negara akan terus bertambah baik. - Bernama
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.